Monday, September 22, 2008

Nikmat Berdoa Ketika Lailatul Qadr

Assalamualaikum.....

>>>Kepada saudara-saudara ana diluar sana.....hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan hendak berlalu dan pergi meninggalkan kita....JANGANLAH sesekali timbul di dalam hati kita untuk mengharap-harapkan pemergian bulan Ramadhan ini berlalu dengan begitu sahaja....Selagi ada masa terluang...rebutlah peluang-peluang yang ada....penuhilah bulan ini dengan beribadah kepada Allah....

>>>Seperti yang kita ketahui, 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini merupakan peluang terbesar yang boleh kita rebut......Pada 10 malam terakhir inilah ditentukan Allah satu malam daripadanya....apabila kita beribadah pada malam tersebut...akan diberikan ganjaran pahala bersamaan dengan 1000 bulan (bersamaan 83 tahun) kita beribadah....

>>>Kita sebagai hamba yang lemah dan lalai ini kalau nak tengok...dalam satu hari pun belum tentu kita boleh manfaatkannya dengan pelbagai ibadah.....nak bangun solat sunat rawatib pun macam satu kepayahan...apatah lagi solat sunat dhuha,awwabin dan lain-lain.....

>>>Kalau nak tengok....solat sunat kalau dua rakaat pun baru ambil masa 2-3 minit(PALING LAMA) tetapi kalau lagu lagha atau lagu jiwang yang panjangnya(PALING KEJAP) 4 minit boleh pulak kita dengar.... siap hafal dan menyanyi sekali pulak tu....Nauzubillah....

>>>Sebenarnya kat atas ni baru intro je...ni baru nak start tajuk dia.....


NIKMAT BERDOA KETIKA LAILATUL QADR


>>>Doa ni sememangnya satu perkara yang lazim dalam kehidupan manusia dan hamba yang lemah seperti kita ini.....

>>>Ada yang Berdoa secara istiqamah(berterusan)...dan ada yang berdoa hanya ketika dalam keadaan susah sahaja......

>>>Berdoa ini juga sebenarnya satu tugas yang penting kepada kita dan besar nilainya....Ia juga adalah satu pintu ibadah dalam memperhambakan diri kita dan juga memperlihatkan kerendahan jiwa kepada PENCIPTA kita, iaitu ALLAH S.W.T......

>>>Satu daripada sabda Rasulullah yang berkaitan doa dan telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud : "Doa itu otaknya ibadat"

>>> Amalan berdoa teramat-amatlah digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan, terutama pada malam Lailatul Qadar.

>>>Sepanjang Lailatul Qadr adalah tempoh yang paling mustajab untuk berdoa, maka carilah malam itu, dan berdoalah pada malam tersebut.

>>>Dalam satu hadis nabi ada berbunyi, bahawa Saidatina Siti Aisyah pernah bekata, "Ya Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya? Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).


>>>Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca Al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."


>>>Setelah baca beberapa info kat atas ni...ana rasa antum semua dah boleh faham dengan jelas mengapa Rasulullah S.A.W amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada malam Lailatul Qadr......


>>>Sekarang senang sahaja, sudah tiba masanya untuk kita mengEVOLUSIkan PEMIKIRAN kita semua ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya Allah amat menyukai hamba-hambanya yang menginsafi kesalahan-kesalahan mereka yang lalu.

>>>Ramadhan 1429 hampir melabuhkan tirainya....selagi ada kesempatan, sama-samalah kita menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.......

Sekian,
Wassalam.....

Rasulullah pernah bersabda....mafhumnya : "sampaikanlah ajaranku walau satu ayat"