Saturday, June 28, 2008

Nilai kasih seorang ibu.....

Assalamualaikum......

Ibu dan Hari Ibu.....
Hari Ibu sebenarnya adalah satu sambutan orang Inggeris yang ditetapkan harinya iaitu sabtu pertama pada bulan Mei sebagai KONONNYA untuk meraikan atau meluahkan kasih sayang kita terhadap ibu kita....(sebegitu juga dengan sambutan hari bapa)...

Namun,Cuba kita sedar,adakah satu hari sahaja yang perlu kita peruntukkan untuk mencurahkan kasih sayang kita terhadap ibu kita???Adakah satu hari sahaja untuk membalas jasa ibu kita?????
Sedangkan ibu kita telah mengandungkan kita selama 9 bulan.....MUNGKIN ada yang hendak berkata...MEMANGLAH....

Sebenarnya ia bukan sekadar satu perkara yang MEMANG,kerana adakah kita boleh mengecapi segala nikmat/kemewahan diatas muka bumi ini jika kita tidak dilahirkan oleh ibu kita......

Ada satu kisah yang ingin ana ceritakan kepada antum diluar sana...sebelum membaca cerita ini ana nak antum semua cuba kosongkan fikiran dengan perkara duniawi...sebaliknya cuba bayangkan wajah ibu kita.....Bacalah...dan mulakanlah dengan bacaan basmalah....

Ibu : Abang(panggilan pada anak sulungnya),boleh tolong mak sekejap tak....mak nak pergi kedai kejap,tolong jaga rumah ye....

Anak : Baik mak,tapi mak balik kerumah agak-agaknya pukul berapa?

Ibu : Mak balik around pukul 3 ptg...kalau boleh,tolong masakkan makanan tengah hari sekali kalau adik-adik kamu lapar.....

Anak : Baik Ibu.....

Kemudian...setelah ibunya pergi ke kedai,dan balik ke rumah semula,si anak menyambutnya sambil memberikan sekeping kertas di kertas tersebut ada tertulis...


Soalan 1: Berapa mak nak bagi sebagai upah jaga rumah?
Soalan 2: Berapa mak nak bagi sebagai upah jaga adik?
Soalan 3: Berapa mak nak bagi sebagai upah sediakan 'lunch' ?
Soalan 4: Berapa mak nak bagi sebagai upah mengemas&membersihkan rumah?
Soalan 5 : Berapakah jumlah kesemua upah yang mak nak bagi kat saya?
Setelah selesai membaca kertas yang diberikan oleh anaknya itu,si ibu segera meminta anaknya mengambil sebatang pen....Dan si anak terus memberikan ibunya sebatang pen kerana berharap bahawa ibunya akan menjawab soalan-soalanya....
Anak : Mak nak tulis jugak ke?Bagi je la upahnya mak....Penat saya uruskan semua tu....
Ibu : Dah Abang tulis soalan atas kertas,mak kena lah jawab atas kertas ni jugak.....
Kemudian ibunya menulis jawapan diatas kertas tersebut...jawapan yang diberikan berbunyi....
Jawapan 1:Kos Upah mengandungmu sembilan bulan adalah percuma
Jawapan 2:Kos Upah menjaga kesihatanmu semasa di dalam kandungan adalah percuma
Jawapan 3 :Kos Upah memberikan susu asli ibu yang tidak boleh dibeli adalah percuma
Jawapan 4:Kos Upah membersihkan dirimu daripada dosa dengan cara menanggung segala dosa kamu kerana kamu belum baligh adalah percuma
Jawapan 5:Jumlah kesemuanya adalah PERCUMA
Air mata si anak mula bergelinang di kelopak matanya,kemudian si anak merenung wajah ibunya lantas segera memeluk ibunya seraya berkata maafkan saya ibu.Ibunya membalas,tidak mengapa,Ibu maafkan...
Si anak itu akhirnya menangis,manakala ibunya tetap memberikan senyuman..lantas memujuk anaknya,supaya berhenti menangis....
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Sedarlah kita semua bahawa Kasih Ibu MEMBAWA KE SYURGA,Kasih Ayah TIADA PENGHUJUNGNYA....
Sekian....
Wassalam...
Dan Jangan lupa untuk mensebar-sebarkannya ye....

Thursday, June 26, 2008

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

Assalamualaikum....
Post kali ini hendak memberitahu bahawasanya kita sememangnya patut bersyukur kehadrat Allah dalam setiap perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T......walaupun ketika itu kita didatangi dengan perkara-perkara yang tertulis dibawah ini....

BERSYUKURLAH.....

1. Apabila suami/isteri kita yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Apabila anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di tempat yang x patut.

3. Apabila pakaian kita ada yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

4. Apabila lantai kita yang perlu dimop, tingkap kita yang perlu dilap, dan rumah kita yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mampu/masih mempunyai tempat tinggal.

5. Apabila terdengar bunyi bising jiran-jiran kita, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

6. Apabila ada timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

7. Apabila keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih lagi berupaya.

8. Apabila dikejutkan dengan jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

9. Apabila menghadapi kesesakan lalulintas/jalan raya, kerana itu bermakna kita masih lagi selamat berada di dalam kenderaan.

10. Apabila kita didatangi dengan kesakitan, kerana sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.

Sekian....
Wassalam.....
Jangan lupa untuk mensebar-sebarkannya ye......

Wednesday, June 18, 2008

Pesanan Rasulullah SAW Untuk Lelaki......

Assalamualaikum......
Post yang lepas adalah untuk wanita,manakala post kali ini pula adalah untuk kaum Adam untuk mengenali 6 ciri-ciri wanita yang JANGAN MEREKA KAHWINI......

Sabda Rasulullah:
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam,jangan yang ananah,yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"

1- Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu,dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


2- Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami.
Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3- Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah: Banyak cakap dan Tidak menentu serta bising

Sekian...
Wassalam..........
Jangan lupa untuk sebar-sebarkan ye..............

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita.......

Assalamualaikum.....
Post ini dicipta untuk memberitahu para wanita diluar sana tentang apa yang dipesankan oleh Rasulullah SAW terhadap mereka......

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

1- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara,kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7- Wanita yang taat pada suami,semua burung-burung di udara,ikan diair, malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapatpakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya,diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Wassalam...

KATA-KATA HIKMAH............

Assalamualaikum...
Dibawah ini ada sedikit kata-kata hikmah daripada 4 khalifah terunggul iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Umar bin Al-Khatab,Usman bin Affan & Ali Karamallahuwajhah...........

1- SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:


>Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
>Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
> Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
>Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

2-SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:


>Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
>Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
>Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
>Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

3-SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:


>Hatinya selalu berniat suci
>Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

>Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
>Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
>Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia


4-SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:


>Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
>Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
>Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
>Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
>Tiada kebaikan mengambil teman
tanpa saling sayang-menyayangi
>Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
>Doa yang paling sempurna
ialah doa yang dilandasi keikhlasan
>Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Wassalam....
Jangan Lupa Untuk Mensebar-sebarkan Perkara Diatas Ini.............

Sebuah Pesanan..........

Hai manusia yang tersayang,

>>>Tadi malam waktu hendak tidur,

>Aku lihat engkau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca Ayat Kursi dan Qulhu.
>Ini bagus sekali kerana waktu hendak tidur adalah waktu untuk tidur,bukan untuk membaca
Al-Qur'an.
>Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

>>>Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh.

>Bagus sekali!Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman.
>Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.
>Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.
>Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu.
>Bila subuh datang menjelang,
>Udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri/putera kayangan.

>>> Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudhu'.

>Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bil air rumahmu.

>>>Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.

>Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.
>Dan bila sudah kenyang,engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah.Ini bagus juga.
>Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

>>>Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.

>Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air.
>Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu.
>Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang,berholiday di tempat-tempat maksiat dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

>>>Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,

> Engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum sebaliknya engkau mengucapkan
"Hi Everybody!"
> Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir
Dan engkau mengerti bahasa Inggeris.
>Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.

>>> Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati.

>Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

>>>Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama ....

>Kita berpegang-tangan tangan... sebagaimana engkau berpegang tangan dengan awek engkau,
yang belum tentu jadi isteri sah mu.... menuju Neraka Jahannam.

Semua pesanan ini adalah khas datangnya daripada kawanmu yang tercinta......
>>>>>IBLIS LAKNATULLAH<<<<<<<

Friday, June 13, 2008

Mimpi Rasulullah S.A.W sebelum Baginda di isra'kan....

Assalamualaikum.....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... ... .."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, tetapi dia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, tetapi dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada ALLah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang tetapi mtidakpun membalas bicaranyaereka ,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Wassalam....
Jangan lupa untuk sebar-sebarkan perkara ini kepada orang-orang yang masih belum tahu tentang perkara ini diluar sana.....

Monday, June 9, 2008

Orang Sekarang Dah Terbalik.....(Bukan semua ye..)

Assalamualaikum....
Post ni dicipta untuk menyedarkan kita bahawa ramai orang di dunia ini sekarang sudah terbalik dan menjadi tanggungjawab bersama kita memperbetulkan apa yang sudah terbalik.....
Orang sekarang dah terbalik,
Yang keji di pandang baik,
Yang terpuji di pandang tak molek.


Yang baik kena diselidik,
Yang manfaat dipandang pelik,
Yang tak baik dijadikan didik.

Ish…ish.ada ke patut ??
Pergi usrah kena herdik,
Buat maksiat tak pula diselidik,
Nak buat kebajikan dan kebaikan punyalah susah..
Maksiat disambut melata,
Bukan diri ini hendak mengata,

Cuma…kalau tak betul orang tak kata.

Study group kena buat perancangan yang tepat,
Perancangan dating hanya sesaat-dua,
Dating dibawah dua jam tak akan sempat,
Tetapi susah untuk melakukan solat yang
rakaatnya hanya dua.
Ish..ish..ish..
Memang orang sekarang dah terbalik
Takut pada benda yang tak bertempat,
Berani pada perkara yang tak tepat,
Pembentukkan rohoni dan usrah di sekat
Bukankah islam itu hebat,
Kenapa pula disekat-sekat.

Ish…ish..ish...
Memang orang sekarang pelik
Mengaku islam itu hebat ,
Tapi halal dan haram semua di rembat,
Benarkan diskusi agama disamping perkara maksiat.

Ish..ish..ish....
Memang kita pun sama pelik,
Entah bila mata nak celik,
Sampai bila nak biarkan akal pendek,
Bila pula nak jadi mahasiswa terdidik.

Ish..ish..ish..
Sama-samalah jadi pelik,
Sama-samalah nanti terbalik,
Dunia ni pun dah nak terbalik,
Penghuninya pun dah nak terbalik,
Esok lusa pasti dunia dan penghuninya
akan terbalik.

Ish..ish…ish..
Agaknya ini ciri-ciri manusia akhir zaman,
Sedikit nasihat untuk teman seperjuangan,
Pertahankanlah Islam selagi berkemampuan,
Pasti Islam akan mencapai kegemilangan.
Jadikanlah Islam yang sebenar-benar agama,
Kerana Indahnya Islam sebagai agama,
Islam itu tangga kecemerlangan bersama,
Dan kita sebagai penganut perlu bekerjasama

Jangan biar Islam lapuk kerana diri sendiri,
Jangan juga biarkan ia dicemari,
Sebabnya kita orang ISLAM yang berperi
Jangan kepada Yahudi pula peluang kita beri.

Cukuplah dulu bumi kita di jajah,
Jangan biarkan ia berulang lagi,
Dan jangan sesekali biarkan pula fikiran kita pula dijajah,
Jika tidak mahu Islam hampa lagi.
Sekian,
Wassalam......dan jangan lupa sebar-sebarkanya ye....

10 Perkara Yang Terbalik...Dan WAJIB Diperbetulkan

Assalamualaikum.....

Post ini dicipta untuk kita semua bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

-Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka seganlah dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Kebanyakan ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, Masya-Allah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya.
Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Wednesday, June 4, 2008

Kebaikan di sebalik......[sedar tak?]

Assalamualaikum....

Post ni ada kaitan dengan post yg lepas bertajuk sedar...tak?
Terdapat juga kebaikan disebalik 10 perubahan yang akan berlaku bermula 8 Jun 2008......o

  1. Kebaikannya.....bila cikgu anda masuk kelas dan tanya ''siapa buat qiamullail semalam?angkat tangan'',anda boleh angkat tangan dengan bangga dan riaknya.....
  2. Kebaikannya.....pekerja tersebut mungkin naik gaji sebab buat overtime dan tokey restoran 24 jam tersebut untung sebab ramai pelanggan sampai lewat malam.....
  3. TIADA KEBAIKAN
  4. Kebaikannya.....menyenangkan guru kelas menanda kedatangan kerana ramai yang hadir..
  5. Kebaikannya.....guru lelaki tersebut makan gaji buta dan pelajar sememangnya suka buat kerja masing-masing....
  6. Kebaikannya.....pelajar-pelajar lelaki tidak akan berbincang pasal bola waktu cikgu perempuan ajar...
  7. Kebaikannya.....HANYA pada Tenaga Nasional Berhad[TNB] sebab mereka untung apabila ramai pengguna menggunakan elektrik sampai lewat malam....
  8. Kebaikannya....pelajar tersebut mungkin akan membaiki dirinya selepas ibubapanya melihat prestasinya menurun...
  9. TIADA KEBAIKAN
  10. TIADA KEBAIKAN

Logik jugak ek fakta kat atas ni....Tapi nombor 3,9&10 sememangnya tiada kebaikan malahan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan....

Tuesday, June 3, 2008

Sedar tak????



Assalamualaikum....




Sedar tak tentang................


10 Perubahan yang akan berlaku bermula 8 Jun 2008




  1. Semakin ramai orang buat qiamullail[bangun malam ]...TAPI UNTUK....tengok bola....


  2. Semakin ramai pekerja buat ovetime...TAPI UNTUK....senangkan diri lepas habis kerja terus pegi restoran 24 jam untuk tengok bola


  3. Semakin ramai yang susah bangun subuh...KERANA...lambat tidur..sebab tengok bola....


  4. Semakin ramai pelajar rajin pegi sekolah...SEBAB...nak cite pasal match semalam dengan kawan


  5. Semakin ramai guru lelaki yang masuk kekelas dan berkata'buat kerja masing-masing'... SEBAB.... guru lelaki tersebut tak prepare nak mengajar kerana asyik tengok bola


  6. Semakin ramai pelajar kurang belajar dan mengambil kesempatan untuk bincang bola.. SEBAB..berlakunya perkara[no.5]


  7. Semakin ramai pembazir elektrik..SEBAB..buka tv lama sangat...mula2 tengok preview... lepastu MATCH...pastu HIGHLIGHTS MATCH..pastu ULASAN MATCH....


  8. Semakin ramai pelajar yang menurun prestasi KERANA kurang belajar....TAPI banyak tengok bola


  9. Semakin ramai orang berjudi...UNTUK...berjudi negara pilihan mana yang akan menang....


  10. Semakin ramai orang yang lupakan ALLAH...SEBAB...asyik ingat bola je.....




Kepada sesiapa yang terasa...harap dapat ubah perangai kerana tidak salah untuk kita tengok bola atau meminati bola TAPI janganlah sampai terlalu taksub sehingga terjadinya perkara-perkara diatas.......ISH...ISH...ISH....NAUZUBILLAH