Sunday, October 19, 2008

Pemain-Pemain Islam dalam Gameweek 8

Assalamualaikum....

Bagi peminat-peminat BPL...post kali ini memang special ar untuk antum.....

Antum tahu kan ? Gameweek 8 baru-baru ni banyak giler ar kemenangan yang kira memuaskan hati....Bagi penyokong ChelSi*l dan S*tan Merah mesti bangga giler ar sebab menang besar 5-0 & 4-0.....Bagi penyokong Arsenal & LiverFo*l pun happy gak...sebab kelab kesayangan bangkit daripada ketinggalan dengan penuh bergaya(mentang-mentang penyokong Arsenal...pandai2 je cakap menang bergaya)ha...ha...

ARSENAL 3 - 1 EVERTON (nak first je kalau Arsenal...Ha..Ha..)

Permulaan yang ternyata agak hambar buat Arsenal. Biarpun bermain di tempat sendiri, namun ketiadaan kapten utama, William Gallas ternyata tetap ada effect yang buruk. (walaupun sebenarnya happy giler-giler sebab dia tak main)Namun, takde dia jugakla Arsenal boleh menang...ha...ha...saje tambah.....

Gandingan dan gerakan 1-2 yang cantik daripada LEON OSMAN (sesetengah sumber mengatakan dia Islam sebab bapak dia orang turki) saje je buat penyokong arsenal di stadium dan kat rumah juga di kedai makan atau mana-mana je la diorang tengok gabra kejap(kejap je....)

SAMIR NASRI turut memulakan perlawaan ini dengan menadah tangan dan berdoa pada-NYA seperti kebiasaannya. Besar kemungkinan daripada berkat doanya, pemain ini berjaya bangkit semula dengan menjaringkan gol yang cantik seawal separuh masa kedua pada minit ke-48.

Kejaayaan Arsenal juga didalangi oleh seorang lagi mutiara Islam Arsenal, ROBIN VAN PERSIE. Beliau menjaringkan gol dengan tandukan tajam tepat kearah bucu bawah kiri pintu gol untuk membolosi Tim Howard.







Dan pada minit ke-83, Arsene Wenger mungkin mendapat kesedaran hanya pemain Islam yang boleh merobek pertahanan Everton dalam perlawanan itu lalu dimasukkan olehnya pula lagi seorang pemain Islam, ABOU DIABY untuk menggantikan sahabat seagamanya, SAMIR NASRI yang sudah keletihan.

Sekali lagi, pemain Islam lah yang berjaya merobek pertahanan Everton. ABOU DIABY menolak perlahan bola kepada rakan sepasukannya, Theo Walcott dan ternyata ia membuahkan hasil. Gol Theo Walcott itu ternyata telah 'Kill the Game' kerana hanya 4 minit masa tambahan sahaja yang tinggal setelah 90 minit perlawanan bermula.

-Diorang tiga ni + TOURE sempat buat solat hajat kot waktu rehat......

LIVERF*OL 3 - 2 WIGAN ATHLETIC

Penyerang Wigan beragama Islam, AMR ZAKI membuka tirai gol perlawanan itu dengan jaringan pada minit ke 16. Pemain kelahiran Egypt itu sekali lagi mengejutkan tuan rumah dengan jaringan voli akrobatik pada hujung babak pertama selepas Dirk Kuyt menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Gara-gara tidak berjaya mengawal emosi, Antonio Valencia telah memberi satu effect yang besar pada perlawanan itu selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-75.

Pemain muda beragama Islam Liverpool, NABIL EL-ZHAR menggantikan Andrea Dossena pada minit ke-78 juga memberi effect yang besar pada perlawanan tersebut. EL-ZHAR sempat menadah tangan dan berdoa sebelum masuk menggantikan rakannya, Dossena.




Mungkin daripada berkat doanya jugalah, Liverpool berjaya memenangi perlawanan tersebut menerusi gol Riera pada minit ke-80 dan dengan dengan gol killer oleh Dirk Kuyt, lima minit selepas itu.

Middlesbrough(MiddlesBONG*K) 0 - 5 ChelS*al



Biarpun tidak menyumbangkan gol, NICHOLAS ANELKA tetap menyumbangkan kepayahan kepada pertahanan MiddlesBONGO* untuk membantu kelabnya menang besar 5-0 keatas MiddlesBONG*K.

Aston Villa 0 - 0 PortsMul*t



Biarpun hanya bermain selama 79 minit dan sebagai seorang Left Midfielder....ARMAND TRAORE dikira tetap berjaya menghalang asakan dari sebelah kanan Aston Villa.

Sekian....
Wassalam......

Percaya @ Tak.....Habistu.....?

Assalamualaikum.....

Post kali ini ana nak share tentang sikap orang sekarang...yang mungkin antum atau ana terikut-terikut biarpun sedikit......

Kita telah didik dengan didikan agama...tidak kira mulanya bila...sejak kecil @ tadika @ sekolah rendah @ sekolah menengah @ semalam @ baru tadi @ bila-bila....tapi betul-betul tak kita gunakan didikan agama tu....

Kadang-kadang hati kita tak seiring dengan mulut kita....dan perkara inilah yang sering mendorong kearah yang tidak baik.....

Cuba kalau kita ditanyakan denga soalan-solan macam kat bawah ni :

---Percaya Tak...ALLAH S.W.T mewajibkan supaya kita menunaikan solat ?

=PERCAYA..............

Habistu kenapa tinggal jugak ?

---Percaya Tak...Biarpun malu...Rasululullah S.A.W telah meminta agar dikurangkan bilangan waktu solat pada ALLAH untuk kepentingan kita semua ummatnya..daripada 50 jadik 5 ?

=PERCAYA.......

Habistu kenapa susah sangat nak solat full satu hari ?

---Percaya tak...Nabi Ibrahim A.S sanggup menyembelih anaknya sendiri kerana patuhnya dia terhadap tuhannya ?

=PERCAYA.......

Habistu kenapa kita langsung tak sanggup untuk korbankan walaupun sedikit daripada harta kita di jalan Allah ?


---Percaya tak...ALLAH memberi bantuan kepada Siti Hajar ketika melahirkan Nabi Ismail A.S di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ?


=PERCAYA.......

Habistu kenapa cepat sangat menyesal ??? Bile menyesal sebut... "Takde sape dah yang boleh tolong aku..."....Kan pertolongan ALLAH boleh datang bila-bila masa ?

---Percaya tak...semua harta di dunia ini hanya pinjaman...kerana ia semua milik ALLAH S.W.T ?

=PERCAYA.......

Habistu kenapa cuba nak bolot semua harta-harta yang boleh di bolot ? Kenapa tak pernah rasa nak sedekah lebih sedikit daripada biasa bila kita untung ?


---Percaya tak...ALLAH itu MAHA MELIHAT serta MAHA MENGAWASI ?

=PERCAYA......

Habistu kenapa kalau dating nak tempat yang tersorok ? Kenapa selamba tengok video tak patut waktu orang lain takde ?


---Percaya tak....ALLAH itu juga MAHA MENDENGAR ?

=PERCAYA

Habistu kenapa berbisik perkara tak elok ? Kenapa mesti mengumpat ?


---Percaya tak....semua nikmat datang dari ALLAH dan boleh ditarik kembali bila-bila masa?

=PERCAYA

Habistu kenapa kalau kawan mintak sikit makanan/pinjam duit..kita cakap.."Tak boleh...ini aku punya".....?


Adoyai.....Pelik...Pelik.....

Bile ditanya mulut....percaya..tapi kalaulah boleh tanya hati...agak-agak apalah jawapan dari hati tu ek ?

Nak buat camne...kita manusia...sesekali tak akan pernah terlepas daripada buat kesilan....Rasulullah pun pernah membuat kesilapan....So, Sapelah sangat kita ni.....

Biarpun tak terlepas daripada membuat kesilapan.....TAPI KENA INGAT !!! SETIAP KESILAPAN ADA CARA UNTUK MEMBETULKANNYA !!!!

Jadi...mana yang tak betul @ mana yang salah...sama-samalah kita membetulkannya....

Renung-Renungkanlah....

Sekian,
Wassalam......

Thursday, October 9, 2008

Duit Raya....



Assalamualaikum....

Aduh.....tengah takde idea ni nak wat post pasal raya...patutnya kena buat sebelum raya...kalau buat sekarang...macam tak best....

Syawal ada 30 hari.....memang banyak amalan-amalan murni boleh kita buat dalam sebulan ni.... contohnya ziarah-menziarahi......

Aduh...tak de sumber pulak nak buat pasal ziarah-menziarahi......apa lagi ha....idea lain ????

Ha..... DUIT RAYA !!!!!!!

O.K ar...memandangkan takde ar ramai sangat pengunjung-pengunjung blog ni...so,senang ar untuk bagi duit raya..sebab sikit je pengunjung...

Macam orang datang rumah kita ar...lagi sikit orang..lagi sikit modal yang keluar.....

Tapi ana rasa jumlah yang ana nak bagi boleh la dikatakan besar la jugak......


Yang ada kat tangan ana sekarang.......



Sikit je kan ??? Boleh la untuk di buat sedekah.....

Ana bukan nak riak....memang nak bagi ni.....

Cuba tengok kat bawah ni.....







Dah RM 100








JADIK RM 200







Pergh !!! Dah Tepat RM 300





Sekarang dah RM 350







Tambah lak lagi....Jadik RM 400





Sekarang jumlah RM 450

Dan ini yang last untuk korang.....



Jumlah kesemuanya...RM 500 tu.....free ni ana bagi.....

Camne nak claim duit tu?

-Senang je...Takyah susah-susah.....

  1. First........Letak tangan atas mouse(tetikus...bagi yang skema B.M)
  2. Second....Gerakkan anak panah mouse kearah setiap kepingan duit(atau lagi tepat gambar)
  3. Third.......Sampai kat tengah-tengah..klik button kiri kat mouse
  4. Fourth.....Klik kat 'Copy'
  5. Fifth.........Minimize kan dulu blog ni......
  6. Sixth........Klik dekat shortcut(kalau tak shortcut pun sama je)Microsoft Word @ Powerpoint @ Paint
  7. Seventh....Tekan (Ctrl + V)
  8. Eight........Turn On korang punye printer......
  9. 2nd last....Check printer korang punya wayar USB dah cucuk @ belum kat tempatnya....
  10. LAST.....Apa lagi...PRINT je ar.....

AMARAN : DUIT YANG di PRINT TAK DIBENARKAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM SEBARANG URUSAN JUAL BELI..... KECUALI DALAM Main MONOPOLY @ Lain-Lain