Saturday, November 29, 2008

Ucapan Salam....

Assalamualaikum....

Kali ni ana taknak nak buat satu post yang susah-susah(macam la selama ni susah sangat).....jadi ana nak sentuh tentang Salam...(bukan nama orang)

Salam....(sekali lagi, bukan nama orang) memang dah menjadi satu perkara yang bukan lagi lazim....tengok ar, susahnya kita(termasuk ana) nak ucapkan sendiri perkataan salam itu....

Kadang-kadang kita rasa tak perlu pun nak ungkapkan ucapan salam tu....ye ar, jumpa kawan panggil "Wei" dah ar kan....buat apa salam...panjang sangat...

Inilah dia majoriti pendapat daripada umat Islam zaman sekarang ni..Yelah, bak kata iklan Berita Harian pun, "Zaman dah berubah,Dunia dah maju".....Ish..Ish...Ish...Na'uzubillah...

O.K...kita2 pergi ke bahagian sebenar yang ana nak tujukan....

Salam...salam ni boleh kita katakan sesuatu ucapan selamat yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri dan menyapa orang lain....

Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan lain, seperti ‘Hayakallah’ yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup.

Kemudian Islam memperkenalkan ungkapan 'Assalamualaikum'.... ertinya semoga kamu terselamat daripada segala duka, kesulitan dan nestapa.....

Sebenarnya..makna ungkapan 'Assalamualaikum' yang susah sangat kita nak ungkapkan itu besar maknanya yang tersirat....

Antaranya..............

[1] Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat daripada segala macam duka derita.

Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga mendoakan agar hidup kita bukan saja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.

[2] Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak satu pun makhluk yang boleh mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapapun kecuali Allah s.w.t.

[3] Perhatikanlah, ketika seseorang mengatakan kepada anda: “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan (perlakuannya), lidahnya (lisan) dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.

Maknanya, kita boleh lihat sendiri orang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan yang ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya daripada diriku’. Kesimpulannya salam turut mengingatkan (zikir) Allah dan mengingatkan diri.

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Salam adalah salah satu asma (nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka sebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani).

Abu Hurairah juga adameriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda, maksudnya: "Orang kikir(kedekut) yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam."

Sekian....
Wassalam.....Sebar-Sebarkanlah jika ia boleh menjadi satu kebaikan.....

Wednesday, November 26, 2008

KELEBIHAN SOLAT............

Assalamualaikum.....

Post kali ni mungkin ramai diantara korang yang dah pun tahu...tapi bagi yang belum tahu kiranya korang agak bernasib baik ar kira.......

Tajuk sebenar post kali ni ialah >>>>>

KELEBIHAN SOLAT MENURUT TEORI FIZIK.....

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja @ sekolah @ padang, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

[He..He...takde idea nak buat post baru...so,copy&paste je lah dari satu forum]

Sekian....
Wassalam...dan seperti biasa, Jangan Lupa untuk mensebar-sebarkannya.....

Monday, November 17, 2008

Kualiti Handphone Anda !!!!!!!!

Assalamualaikum.......

Sorry lagi sekali sebab dah takde idea-idea yang memberansangkan lagi...semua pasal 'MAMAT' sorang tu.....tak perlulah nak diceritakan lebih-lebih tak elok...nak kutuk @ ngumpat @ caci @ ape2 je lah yang ada kaitan dengan 3 bende tu......tak puas hati simpan je.....lagi bagus kalau luahkan...luahkan kat orang yang kita tak puas hati tu....

Mencari-cari...dan akhirnya tiba juga satu ilham yang asalnya datang dari ALLAH kepada diriku melalui emak ana sendiri....

E-mel yang ana terima dari emak ana bertajukkan.....

----------SEMAK KUALITI HANDPHONE ANDA----------




(Takde Idea nak pilih gambar model handphone mana paling sesuai...pilih gambar model handphone sendiri dah ar.....)

Dunia dah berubah....Zaman dah Maju....Berita Harian pun dah jadi kecik (Eh...takde kaitan pun).....

Handphone ? Sape yang tak gune handphone sekarang ? Mungkin ade ar....tak mampu @ mak bapak tak bagi lagi gune handphone......(tak mampu boleh dikatakan 10 % je kat Malaysia ni)

Sekarang kita dah boleh tahu...lebih kurang 90 % rakyat malaysia juga merupakan pengguna handphone.....Tapi kita yang juga rakyat malaysia ni tahu tak tentang kualiti handphone kita.....memangla...kebanyakan handphone ada tulis made in......

Tu semua boleh diubah ar....tulis made in Germany...padahal made in Azerbaijan....

(Tambahan.....Azerbaijan adalah pengeluar handphone yang paling teruk kualitinya)

Senang je....ikut langkah kat bawah ni.....

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (X X X X X X ? ? X X X X X X)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.


[1] PALING TERUK

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 1 dan 3, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualitinya adalah yang paling teruk.

[2] SANGAT TERUK

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualitinya adalah yang sgt teruk.


(He...He...Tapi kualiti Stadium Arsenal [Stadium Emirates] tetap no 1 kat England)

[3] BIASA JE

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualitinya biasa je.


[Logo kat atas ni logo German Football Association....so,takde kena mengena pun)

[4] AGAK BAIK

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualitinya agak baik.


[Manusia kat atas ni nama dia Jussi Jaaskelainen...Keeper No 1 Finland....dia pun takde gak kaitan ngan maklumat kat atas gambar dia)

[5] SANGAT BAIK

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualitinya adalah sangat baik.


So,
Tu jelah sekadar yang boleh dikongsikan...Amat bermanfaat untuk pengguna-pengguna Handphone di 'seantero' dunia ni....

Sekian....
Wassalam.....Yang Penting...Jangan Lupe untuk Mensebar-sebarkannya !!!!

Tuesday, November 11, 2008

BERHATI-HATI DENGAN KARPAL SINDROM !!!!

Assalamualaikum....

First sekali....sorry bebanyak sorry sebab dah lama tak update blog ni.....last post pun kalau sape yang layan BPL...gerenti tahu...sekarang dah nak masuk gameweek 13 dah...last post tu time gameweek 8......

Isy..Isy...idea baru pun agak boleh dikatakan tiada...perah otak banyak sangat time nak jawab exam(padahal main-main je jawab exam baru2 ni)....ha...ha...ape yang patutku tuliskan sebagai post baru untuk dikongsi dengan pelawat2 blog ni.....

Tetiba ana terdetik untuk berkongsi satu forward e-mail yang ana dapat dan difowardkan oleh mak ana sendiri kat ana....tapi tak tahu original message nya datang dari sape...

Wallahualam...tak penting pun semua tu...yang penting..topik yang ana nak bincangkan untuk post ni ialah tentak satu sindrom....sindrom tersebut ialah....




--------------------------KARPAL SINDROM-----------------------------------


Camne punca-punca boleh berlakunya KARPAL SINDROM ??

= Salah satu punca besar terjadinya KARPAL SINDROM ini ialah disebabkan kesalahan dalam penggunaan mouse(tetikus)

Bahayanya KARPAL SINDROM ini ialah...pesakit yang menghadapinya tidak ada cara lain melainkan terus dibedah....Doktor atau pakar perubatan akan terus melakukan pembedahan seperti gambar dibawah ni....(Agak ngeri sikit ar.....)




Ha..bawah ni pulak gambar sama tapi zoom dekat sikit....




Ha...jangan tak caye....buruk padahnya...tahu-tahu je lah..dah bedah mesti kena jahit balik....bile dah dijahit balik...tangan korang akan jadi cam gambar bawah ni...



Ha..mesti tak nak kan..so, kena cegah sebelum telambat....

Cara dia senang je...kena pegang keyboard dengan cara yang betul....

Cara dia ikut cara yang betul dalam gambar kat bawah ni....



Pegang mouse pun sama gak.....ade gak cara yang betul dan salahnya....



Kedudukan yang terbaik untuk menghadap komputer sebenarnya cam yang ana buat...maknanya sejibik(sebijik) cam gambar kat bawah ni....





Cara lain ada gak....perbanyakkan senam tangan....Alah, takkan tak tahu senam tangan ? Senam tangan tu buat camni....

First.....



Second.....



Lepaastu.....



Last sekali....



The RIGHT and WRONG....



O.K...setakat tu je la...yang ana boleh kongsi dengan antum semua...

Pastikan cara kita gunakan computer kena betul gak....

Sekian....
Wassalam....dan Jangan Lupa untuk mensebar-sebarkan tentang post ni kat orang lain...