Monday, December 22, 2008

Masih Belum Terlambat......

Assalamualaikum.....

Post kali ni dimulakan dengan dialog diantara ana ngan kawan ana..dialog ni dah lama dah.....

Ana : Assalamualaikum,_____ (nama dirahsiakan atas sebab tertentu)

_____: Waalaikumussalam,apsal Hanafi ?

Ana : Ko ada rasa bosan x cuti ni ?

_____: Bosan giler dowh...tak tahu nak buat apa.....

Ana : Malam biasa ko buat apa lepas balik main futsal ?

_____: Nak buat apa lagi...balik kol 2,empat jam tunggu subuh,main game ar.....

Ana : Game ? Takkan game je?

_____: Habis tu apa lagi ? Kalau ada match bola,baru aku ngadap T.V

Ana : Tanya skit,qiamullail ?

_____: Aku bukan x nak,tapi x de semangat dowh,kalau surau kita buat,kan aku selalu pegi gak.. ni buat sorang2 x ter 'motivate' langsung.... ( Jawapan yg dah biasa sangat dengar )

Ana : Aku ada tempat best....

_____: Tempat best ? Untuk qiamullail ke?

Ana : Ha'ah...MASJID JAME' SRI PETALING....

_____: Betul ? Aku set je...Isnin malam Selasa depan kita gi...

Ana : Jom......

--------MASJID JAME' SRI PETALING--------

Sape yang dah tahu pasal masjid ni bagus ar....sebab x semua orang sebenarnya yang tahu....

Masjid ni merupakan masjid yang paling special ar kat Malaysia ana rasa...sebab lain daripada yang lain.....

Salah satu perkara yang paling best pasal masjid ni ialah...MASJID ni TAK PERNAH KOSONG ....



Memang ramai ar..orang yang suka jadikan masjid ni sebagai rumah kedua...bukan dari kalangan pakcik2 je...remaja-remaja pun ada gak kat sini....




Dan...Masjid ni pun termasuk didalam senarai MARKAZ MASJID TABLIGH DI SELURUH DUNIA

So,rugi gile ar..kalau sape x cube bermalam kat sini...keselamatan terjamin sebab ada ramai orang...tandas bersih...ada gerai orang jual makanan ngan benda lain cam pakaian...dan boleh dikatakan semuanya lengkap ar....

So,ana dah cuba...anta @ anti @ antum ? Rugi kalau x gi...sementara cuti belum habis....baik try dulu.....

Masjid ni 100% LEBIH BEST daripada Masjid Kristal kat Terengganu tu....


O.K ar...tu je yang ana boleh kongsikan kat sini...nak lagi lebih...korang kena ar rasa sendiri....

Sekian....
Wassalam...Takde geng nak gi situ...sebar-sebarkanlah pasal benda ni...gerenti dapat...

Thursday, December 11, 2008

Apakah Aku Penyebabnya ???? (Samb. Daripada Post Tragedi Bukit Antarabangsa)

Assalamualaikum.....

Post kali ni ana nak share pulak tentang satu hadis Rasulullah S.A.W yang ada kaitan dengan apa yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini....

Daripada Ali bin Abi Talib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

>>> Apabila HARTA NEGARA hanya BEREDAR PADA ORANG-ORANG TERTENTU

>>> Apabila AMANAH dijadikan SATU SUMBER KEUNTUNGAN

>>> SUAMI MEMPERTURUTKAN kehendak ISTERI

>>> ANAK DERHAKA terhadap IBUNYA

>>> Tetapi ANAK TERSEBUT BERBAIK-BAIK DENGAN KAWANNYA

>>> Dia suka MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AYAHNYA

>>> SUARA sudah DITINGGIKAN DI DALAM MASJID

>>> Yang menjadi KETUA suatu kaum adalah diantara orang-orang YANG PALING TERHINA DI ANTARA MEREKA

>>> SESEORANG DIMULIAKAN KERANA DITAKUTI KEJAHATANNYA

>>> Khamar (ARAK) sudah DIMINUM DI MERATA TEMPAT

>>> KAIN SUTERA banyak DIPAKAI oleh KAUM LELAKI

>>> PARA PENGHIBUR (ARTIS) DISANJUNG-SANJUNG

>>> MUZIK BANYAK DIPERMAINKAN

>>> GENERASI AKHIR UMAT INI melaknat (menyalahkan) GENERASI PERTAMA (para sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka MENANTIKAN ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun MEREKA akan DIUBAH MENJADI MAKHLUK LAIN"[Hadis Riwayat Tarmidzi]

Hadis diatas diambil daripada MIMBAR JUMAAT keluaran SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK), yang merujuk kepada KITAB PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan ABU ALI BANJARI AN NADWI......

Oleh itu, disini ana nak mengingatkan terutama diri ana yang asyik lalai dengan duniawi dan juga kepada antum-antum yang sudi menjenguk ke blog yang entah pape ni....

Marilah kita semua sama-sama merenung sejenak...berapa banyak bala yang diturunkan oleh ALLAH yang diturunkan oleh ALLAH kepada persekitaran kita (atau mungkin terus keatas kita).....Kalau bukan disebabkan oleh kita ?

Dan di akhir post ini ana nak ulangi semula....

"Ayuhlah AKU....Ayuhlah...KAMU...Ayuhlah KITA...bersama-sama merenungkan dan menginsafi kesalahan-kesalahan kita secara sedar @ tidak di masa lampau @ baru sekejap tadi...MOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T......."



Sekian....
Wassalam....dan yang baik itu apakah gunanya jikalau tidak dipersebarkan....

Wednesday, December 10, 2008

Tradegi Bukit Antarabangsa....

Assalamualaikum...

Memandangkan dua tiga hari sebelum Hari Raya Aidil Adha menjelma, kalau kita bukak t.v je, setiap setengah jam, mesti ada berita terkini...berita terkini pasal....TRAGEDI TANAH RUNTUH BIKIT ANTARABANGSA......

Bencana...Oh....Bencana....

Tanah Runtuh, itulah nama bencana yang terkini melanda negara negara kita....Setakat ni,daripada 40 kes tanah runtuh(yang besar ar..yang kecik x masuk rekod pun)...30 daripadanya berlaku kat Lembah Klang..."Ya Allah, berdosa sangatkah tempat hamba-MU menetap sekarang ini ?"

Cuba kita lihat firman Allah didalam surah Ar-Rum,Ayat 41 (mafhumnya):

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,(timbulnya yang demikian)kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali bertaubat."

dan lagi satu lagi firman ALLAh di dalam Al,Quran,di dalam surah Al-Anfal,Ayat 25 (mafhumnya):

"Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang memabawa bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus(tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa ALLAH MAHA BERAT azab seksanya."


Kalau kita rujuk kepada 2 firman ALLAH kat atas, masih ada rasa ragu-ragu tak kita kat bencana yang menimpa negara kita ni(atau antum sendiri) adalah bala ALLAH S.W.T akibat apa yang telah kita lakukan kat bumi ni yang mungkin sudah sampai tahap yang MELAMPAU ?

Kat sini,ana nak mengingatkan kat diri ana sendiri dan antum semua, meskipun kita merasakan diri kita tidak tergolong dikalangan MELAMPAU, so, kita yakin ar yang kita boleh lepas daripada bencana tersebut ? Dan, tidak terbitkah kat sanubari kita untuk membantu golongan yang MELAMPAU tersebut tersebut agar tidak terus hanyut dengan dunia mereka ? Dan, mungkin juga kerana kita tidak mencegah mereka, kita akan termasuk di kalangan orang-orang yang menimpa azab seperti mereka....NAUZUBILLAH...

Ingatlah kita tentang negara kita, meskipun negara Malaysia kita ini tidak termasuk di kalangan negara-negara yang terlalu kerap seperti negara-negara lain...tetapi tidak cukupkah lagi dengan Ombak Maut Tsunami dgn ribut Greg kat Sabah ??? Tak cukup ?

Kat sini ana nak mengingatkan kepada diri ana sendiri terutamanya dan juga kepada antum-antum yang menjadi pembaca post ni...

"Ayuhlah...marilah kita bersama-sama menginsafi kesilapan lampau kita baik kecil atau besar,Bala yang telah ALLAH turunkan itu jadikanlah ia sebagai satu peringatan buat kita yang sering alpa dengan duniawi"


Terdetik pula untuk ana meletakkan mafhum ayat ayat 63,Surah Al-An'am :

"Katakanlah:Siapa yang menyelamatkan kamu daripada bencana di darat dan di laut?(Ketika)kamu berdoa merayu pada-NYA dengan merendah diri(secara terangan)dan secara sembunyi(dengan berkata):"Demi sesungguhnya jika ALLAH selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur"


AKAN TETAPI....setelah ALLAH menyelamatkan kita dari bencana ini,ADAKAH KITA MENGOTAKAN JANJI KITA KEPADA ALLAH UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR KEPADA-NYA?

INSAFLAH AKU....INSAFLAH KAMU.....INSAFLAH KITA.....

Sekian....
Wassalam....Yang baik itu semestinya lebih elok jika disebarkan.....