Thursday, June 26, 2008

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

Assalamualaikum....
Post kali ini hendak memberitahu bahawasanya kita sememangnya patut bersyukur kehadrat Allah dalam setiap perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T......walaupun ketika itu kita didatangi dengan perkara-perkara yang tertulis dibawah ini....

BERSYUKURLAH.....

1. Apabila suami/isteri kita yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Apabila anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di tempat yang x patut.

3. Apabila pakaian kita ada yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

4. Apabila lantai kita yang perlu dimop, tingkap kita yang perlu dilap, dan rumah kita yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mampu/masih mempunyai tempat tinggal.

5. Apabila terdengar bunyi bising jiran-jiran kita, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

6. Apabila ada timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

7. Apabila keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih lagi berupaya.

8. Apabila dikejutkan dengan jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

9. Apabila menghadapi kesesakan lalulintas/jalan raya, kerana itu bermakna kita masih lagi selamat berada di dalam kenderaan.

10. Apabila kita didatangi dengan kesakitan, kerana sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.

Sekian....
Wassalam.....
Jangan lupa untuk mensebar-sebarkannya ye......

2 comments:

AHMAD AMINUDDIN said...

Assalamualaikum, hanafi? saya ada sedikit persoalan y ingin ditanya. yakni, adakah pada perkara yang tiada dalam agama perlu kita syukuri; iaitu cukai!? adakah kita patut bersyukur kerna adanya cukai pendapatn padahal dalam islam umat hanya perlu membayar zakat? adakah kita patut bersyukur kerna adanya undang2 pejajah (britain'kafir') di negra kita? setidak2nya kita ada sistem perundangan. atau kita patut menyesal kerna undang2 islam xdpt ditegakkn dgn utuh? tepuk dada tanya iman... kemudian jawab kat ana.

wallahu a'lam.
wassalam. :D

MHanafi 2712 said...

Waalaikumussalam,terima kasih diatas komen anta....setelah membaca komen anta baru ana perasan tentang cukai pendapatan itu sepatutnya kita tidak perlu bersyukur sebaliknya perlu ditentang.....