Saturday, November 29, 2008

Ucapan Salam....

Assalamualaikum....

Kali ni ana taknak nak buat satu post yang susah-susah(macam la selama ni susah sangat).....jadi ana nak sentuh tentang Salam...(bukan nama orang)

Salam....(sekali lagi, bukan nama orang) memang dah menjadi satu perkara yang bukan lagi lazim....tengok ar, susahnya kita(termasuk ana) nak ucapkan sendiri perkataan salam itu....

Kadang-kadang kita rasa tak perlu pun nak ungkapkan ucapan salam tu....ye ar, jumpa kawan panggil "Wei" dah ar kan....buat apa salam...panjang sangat...

Inilah dia majoriti pendapat daripada umat Islam zaman sekarang ni..Yelah, bak kata iklan Berita Harian pun, "Zaman dah berubah,Dunia dah maju".....Ish..Ish...Ish...Na'uzubillah...

O.K...kita2 pergi ke bahagian sebenar yang ana nak tujukan....

Salam...salam ni boleh kita katakan sesuatu ucapan selamat yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri dan menyapa orang lain....

Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan lain, seperti ‘Hayakallah’ yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup.

Kemudian Islam memperkenalkan ungkapan 'Assalamualaikum'.... ertinya semoga kamu terselamat daripada segala duka, kesulitan dan nestapa.....

Sebenarnya..makna ungkapan 'Assalamualaikum' yang susah sangat kita nak ungkapkan itu besar maknanya yang tersirat....

Antaranya..............

[1] Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat daripada segala macam duka derita.

Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga mendoakan agar hidup kita bukan saja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.

[2] Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak satu pun makhluk yang boleh mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapapun kecuali Allah s.w.t.

[3] Perhatikanlah, ketika seseorang mengatakan kepada anda: “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan (perlakuannya), lidahnya (lisan) dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.

Maknanya, kita boleh lihat sendiri orang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan yang ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya daripada diriku’. Kesimpulannya salam turut mengingatkan (zikir) Allah dan mengingatkan diri.

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Salam adalah salah satu asma (nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka sebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani).

Abu Hurairah juga adameriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda, maksudnya: "Orang kikir(kedekut) yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam."

Sekian....
Wassalam.....Sebar-Sebarkanlah jika ia boleh menjadi satu kebaikan.....

No comments: