Tuesday, May 20, 2008

Di Sebalik Keindahan Masjid Kristal di Terengganu...





Assalamualaikum......
Cerita ini merupakan cerita benar yang saya lalui apabila saya berkunjung ke Masjid Kristal yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman baru-baru ini...............................

-----Kereta Proton Waja yang dipandu oleh bapaku menuju kearah pintu gerbang Taman Tamaddun Islam yang boleh dikatakan baru dibina…..Walaupun sudah aku menguatkan penghawa dingin keretaku itu namun matahari yang dicipta oleh YANG MAHA BERKUASA itu tetap membuatkan peluh ku menitis setitik demi setitik….Wah….cantiknya replika kecil masjid-masjid di dunia tu…kata-kata ku ini turut sependapat dengan ahli keluargaku yang lain…Replika yang membuatkan mataku berpandang dua kali ialah replika masjidil haram….Hatiku berkata,

‘aku hanya layak melihat replikanya sahaja,kerana aku rasa aku belum cukup untuk bertemu Allah di sana kerana dosa-dosaku yang membuat aku berasa tidak layak untuk ke Tanah Suci....'

----Tetapi aku berasa sungguh pelik apabila mataku terpandang kearah beberapa orang dari kalangan kaum Hawa' bergambar di hadapan sebuah replika masjid-masjid yang teragung di dunia….Memang tidak salah untuk bergambar, tetapi cubalah pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.Aku berasa sungguh pelik dan mulutku berkata,


‘Aik,depan replika masjid tangkap gambar sambil pakai macamtu? Macammana lah kalau tu majid yang betul-betul,sanggup gak ke diorang nak tangkap gambar sambil pakai macamtu jugak?'


----Keretaku terus dipandu menuju kearah Masjid Kristal yang sekarang ini menjadi bahan banggaan orang sini[Terengganu]. Beberapa meter sahaja sebelum masjid kristal itu sudah ada sebuah masjid biasa…..Aku berasa sungguh hairan,sudah ada masjid buat apa nak tambah lagi[dalam satu kawasan].

----Bapaku mengajak aku,ibuku dan kakak-kakakku memasuki kedalam masjid kristal tersebut.Wah..indahnya….sudah menjadi kebiasaanku membuat solat sunat tahyatul masjid apabila aku pergi ke mana-mana masjid terutamanya masjid yang pertama kali aku pergi....

----Tetapi malangnya,setelah selesai sudah aku mengambil wudhu',aku melihat begitu ramai manusia sedang bergambar di dalam masjid itu dan tiada satu orang pun yang melakukan ibadah....

----Pelik...Pelik...Pelik....Memang,inilah dia manusia akhir zaman,sekali lagi aku berasa sungguh pelik,aku melihat ada perempuan-perempuan yang tidak memakai tudung,berlengan pendek, bertudung pendek dan simpang,berseluar jeans,memakai t-shirt yang ketat-ketat,tidak pakai stokin kaki[apatah lagi stokin lengan]dan ada juga yang mendedah-dedahkan perhiasan mereka….itu semua bagi kaum Hawa,bagi kaum Adam pula,t-shirt gambar pelik-pelik,memakai rantai,gelang,dan ada juga yang berpegangan tangan dengan perempuan....perlukah aku husnuzzon untuk mengatakan mereka yang berpegangan tangan itu sepasang adik beradik....tidak,aku pasti mereka bukan...

----Aku mengeluarkan senaskah qur'an kecil(qur'an poket)daripada poket bajuku.Baru sahaja aku mengeluarkannya,sudah ada orang menjeling-jeling seperti tidak puas hati dengan apa yang aku lakukan...mungkin dari riaksi matanya..aku dapat merasakan pasti dia ingat aku nak tunjuk alim depan orang ramai....

----Aduh,pedih sungguh mataku melihat perkara-perkara ini di hadapan kaca mataku sendiri, terus aku membatalkan niatku untuk membuat solat sunat tahyatul masjid dan segera mengajak bapaku,ibuku dan kakak-kakakku pulang.......

----Aduhai Umat Akhir Zaman,Sedarlah,Sesungguhnya KIAMAT SUDAH DEKAT.....kerana sedarlah kita...Adakah kita bina rumah Allah itu sebagai satu tempat biasa,satu tempat yang dibanggakan dengan perhiasan dalamannya itu atau sebagai satu tempat untuk kita beribadah kepadanya.....
----Apabila kamu mengejar dunia,dunia itu akan semakin lari daripada kamu,manakala jika kamu mengejar akhirat itu pula,akhirat itu tidak akan lari daripada padamu....

----Sedarlah,Bangkitlah,SesungguhNYA pintu taubat itu masih dibuka....

----Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sifat seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya.....









No comments: