Monday, May 26, 2008

Hamba-ALLAH Yang Pertama Melakukan Solat-Solat Berikut.....



Assalamualaikum....




Post terbaru ni ditulis & diciptakan agar antum/kamu/antunna semua dapat mengenali hamba-ALLAH yang pertama melakukan solat-solat lima waktu ini....






  1. SOLAT SUBUH


Hamba-ALLAH yang pertama sekali mengerjakan solat Subuh ini tak lain dan tak bukan,tentunya manusia pertama yang diciptakan ALLAH iaitu Nabi Adam A.S.....,tatkala Baginda dikeluarkan dari syurga dan dihantar ke bumi,perkara yang pertama yg dilihatnya ialah kegelapan membuatkan Baginda berasa sangat takut.Apabila fajar subuh terbit,Baginda terus bersembahyang dua rakaat.





  • Rakaat Pertama = Baginda bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan malam


  • Rakaat Kedua = Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma


2. SOLAT ZOHOR



Hamba-ALLAH yg pertama membuat solat Zohor pula ialah Nabi Ibrahim A.S.....,tatkala ALLAH memerintahkannya utk menyembelih anaknya,Nabi Ismail A.S,seruan ini datang ketika waktu zohor,lalu sujudlah Baginda empat rakaat.





  • Rakaat Pertama = Baginda bersyukur bagi penebusan


  • Rakaat Kedua = Baginda bersyukur kerana dibuka dukacitanya dan juga anaknya


  • Rakaat Ketiga = Baginda bersyukur dan memohon keredhaan ALLAH


  • Rakaat Keempat = Baginda bersyukur kerana korbannya digantikan dgn seekor kibas


3. SOLAT ASAR



Hamba-ALLAH yang pertama melakukan solat Asar ini pula ialah Nabi Yunus A.S....,tatkala Baginda dikeluarkan dari dalam perut ikan nun dan dicampakkan ketepi pantai,waktu ketika berlakunya perkara ini ialah dalam waktu Asar,Maka bersyukurlah Baginda dan bersujudlah Baginda 4 rakaat kepada ALLAH kerana telah diperselamatkan dari 4 kelam.





  • Rakaat Pertama = Baginda bersyukur dilepaskan daripada kelam dengan kesalahan.


  • Rakaat Kedua = Baginda bersyukur dilepaskan daripada kelam dengan air laut.


  • Rakaat Ketiga = Baginda bersyukur dilepaskan daripada kelam dengan malam.


  • Rakaat Keempat = Baginda bersyukur dilepaskan daripada kelam dengan perut ikan nun.


4. SOLAT MAGHRIB



Hamba-ALLAH pertama melakukan solat Maghrib pula ialah Nabi Isa A.S....,tatkala Baginda dikeluarkan daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya,lalu bersyukurlah Baginda dengan bersembahyang tiga rakaat.





  • Rakaat Pertama = Untuk menafikan ketuhanan selain daripada ALLAH YANG ESA.


  • Rakaat Kedua = Untuk menafikan tuduhan dan tohmahan keatas ibunya,Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.


  • Rakaat Ketiga = Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu sahaja iaitu ALLAH YANG MAHA ESA.


5. SOLAT ISYA'



Hamba-ALLAH yang pertama melakukan solat Isya' ini pula ialah Nabi Musa A.S....,tatkala Baginda tersesat jalan utk keluar dari negeri Madyan,sedang dadanya dipenuhi perasaan duka, ALLAH menghilangkan segala dukanya di waktu Isya' yang akhir.Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur.





  • Rakaat Pertama = Dukacita terhadap Isterinya


  • Rakaat Kedua = Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun


  • Rakaat Ketiga = Dukacita terhadap Firaun


  • Rakaat Keempat = Dukacita terhadap anak Firaun


Wassalam.......



Sumber : Majalah G3 # 40







No comments: