Wednesday, December 10, 2008

Tradegi Bukit Antarabangsa....

Assalamualaikum...

Memandangkan dua tiga hari sebelum Hari Raya Aidil Adha menjelma, kalau kita bukak t.v je, setiap setengah jam, mesti ada berita terkini...berita terkini pasal....TRAGEDI TANAH RUNTUH BIKIT ANTARABANGSA......

Bencana...Oh....Bencana....

Tanah Runtuh, itulah nama bencana yang terkini melanda negara negara kita....Setakat ni,daripada 40 kes tanah runtuh(yang besar ar..yang kecik x masuk rekod pun)...30 daripadanya berlaku kat Lembah Klang..."Ya Allah, berdosa sangatkah tempat hamba-MU menetap sekarang ini ?"

Cuba kita lihat firman Allah didalam surah Ar-Rum,Ayat 41 (mafhumnya):

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,(timbulnya yang demikian)kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali bertaubat."

dan lagi satu lagi firman ALLAh di dalam Al,Quran,di dalam surah Al-Anfal,Ayat 25 (mafhumnya):

"Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang memabawa bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus(tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa ALLAH MAHA BERAT azab seksanya."


Kalau kita rujuk kepada 2 firman ALLAH kat atas, masih ada rasa ragu-ragu tak kita kat bencana yang menimpa negara kita ni(atau antum sendiri) adalah bala ALLAH S.W.T akibat apa yang telah kita lakukan kat bumi ni yang mungkin sudah sampai tahap yang MELAMPAU ?

Kat sini,ana nak mengingatkan kat diri ana sendiri dan antum semua, meskipun kita merasakan diri kita tidak tergolong dikalangan MELAMPAU, so, kita yakin ar yang kita boleh lepas daripada bencana tersebut ? Dan, tidak terbitkah kat sanubari kita untuk membantu golongan yang MELAMPAU tersebut tersebut agar tidak terus hanyut dengan dunia mereka ? Dan, mungkin juga kerana kita tidak mencegah mereka, kita akan termasuk di kalangan orang-orang yang menimpa azab seperti mereka....NAUZUBILLAH...

Ingatlah kita tentang negara kita, meskipun negara Malaysia kita ini tidak termasuk di kalangan negara-negara yang terlalu kerap seperti negara-negara lain...tetapi tidak cukupkah lagi dengan Ombak Maut Tsunami dgn ribut Greg kat Sabah ??? Tak cukup ?

Kat sini ana nak mengingatkan kepada diri ana sendiri terutamanya dan juga kepada antum-antum yang menjadi pembaca post ni...

"Ayuhlah...marilah kita bersama-sama menginsafi kesilapan lampau kita baik kecil atau besar,Bala yang telah ALLAH turunkan itu jadikanlah ia sebagai satu peringatan buat kita yang sering alpa dengan duniawi"


Terdetik pula untuk ana meletakkan mafhum ayat ayat 63,Surah Al-An'am :

"Katakanlah:Siapa yang menyelamatkan kamu daripada bencana di darat dan di laut?(Ketika)kamu berdoa merayu pada-NYA dengan merendah diri(secara terangan)dan secara sembunyi(dengan berkata):"Demi sesungguhnya jika ALLAH selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur"


AKAN TETAPI....setelah ALLAH menyelamatkan kita dari bencana ini,ADAKAH KITA MENGOTAKAN JANJI KITA KEPADA ALLAH UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR KEPADA-NYA?

INSAFLAH AKU....INSAFLAH KAMU.....INSAFLAH KITA.....

Sekian....
Wassalam....Yang baik itu semestinya lebih elok jika disebarkan.....

No comments: