Thursday, December 11, 2008

Apakah Aku Penyebabnya ???? (Samb. Daripada Post Tragedi Bukit Antarabangsa)

Assalamualaikum.....

Post kali ni ana nak share pulak tentang satu hadis Rasulullah S.A.W yang ada kaitan dengan apa yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini....

Daripada Ali bin Abi Talib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

>>> Apabila HARTA NEGARA hanya BEREDAR PADA ORANG-ORANG TERTENTU

>>> Apabila AMANAH dijadikan SATU SUMBER KEUNTUNGAN

>>> SUAMI MEMPERTURUTKAN kehendak ISTERI

>>> ANAK DERHAKA terhadap IBUNYA

>>> Tetapi ANAK TERSEBUT BERBAIK-BAIK DENGAN KAWANNYA

>>> Dia suka MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AYAHNYA

>>> SUARA sudah DITINGGIKAN DI DALAM MASJID

>>> Yang menjadi KETUA suatu kaum adalah diantara orang-orang YANG PALING TERHINA DI ANTARA MEREKA

>>> SESEORANG DIMULIAKAN KERANA DITAKUTI KEJAHATANNYA

>>> Khamar (ARAK) sudah DIMINUM DI MERATA TEMPAT

>>> KAIN SUTERA banyak DIPAKAI oleh KAUM LELAKI

>>> PARA PENGHIBUR (ARTIS) DISANJUNG-SANJUNG

>>> MUZIK BANYAK DIPERMAINKAN

>>> GENERASI AKHIR UMAT INI melaknat (menyalahkan) GENERASI PERTAMA (para sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka MENANTIKAN ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun MEREKA akan DIUBAH MENJADI MAKHLUK LAIN"[Hadis Riwayat Tarmidzi]

Hadis diatas diambil daripada MIMBAR JUMAAT keluaran SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK), yang merujuk kepada KITAB PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan ABU ALI BANJARI AN NADWI......

Oleh itu, disini ana nak mengingatkan terutama diri ana yang asyik lalai dengan duniawi dan juga kepada antum-antum yang sudi menjenguk ke blog yang entah pape ni....

Marilah kita semua sama-sama merenung sejenak...berapa banyak bala yang diturunkan oleh ALLAH yang diturunkan oleh ALLAH kepada persekitaran kita (atau mungkin terus keatas kita).....Kalau bukan disebabkan oleh kita ?

Dan di akhir post ini ana nak ulangi semula....

"Ayuhlah AKU....Ayuhlah...KAMU...Ayuhlah KITA...bersama-sama merenungkan dan menginsafi kesalahan-kesalahan kita secara sedar @ tidak di masa lampau @ baru sekejap tadi...MOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T......."



Sekian....
Wassalam....dan yang baik itu apakah gunanya jikalau tidak dipersebarkan....

2 comments:

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

>>> PARA PENGHIBUR (ARTIS) DISANJUNG-SANJUNG


Ulama' Muta'akhirin berpendapat penghibur(artis) ini juga termasuk star2 pemain bolasepak ataupun mane2 sukan..Squash ke (Nicol Ann David.. ceh..)

Dan juga termasuk penghibur ini x lain x bukan mane2 pemenang Raje Lawak dan yg sewaktu dengannya..dan........Ah! Lupikirla sendiri..!

MHanafi 2712 said...

Tu ar...Ish2...Sape la yang suka sanjung player bola...ish2..

[Eh... adakah diriku yang dimaksudkan ? sebab tetiba rasa pedas lepas makan cili....cili tu yang pedas, dah ar tak yah sibuk pasal cili tu...] Ha...Ha...