Tuesday, February 10, 2009

Tidur Yang Patut Dibangunkan !!!!

Salam Alaikum kepada sekalian pembaca !

Alhamdulillah, tgn yang lengkap 10 jari masih dipinjamkan oleh ALLAH kepada si penulis...akan si penulis gunakan sebaik-baiknya waktu nak type post baru ni...

Kali ni malas nak sentuh pasal bab2 lain....kita sentuh pasal perkara yang boleh dikatakan wajib kita buat dlm 24 jam...

Apa dia ? Makan ? Minum ? Selain tu...benda yg paling last sekali...iaitu...TIDUR

Bercakap pasal tidur...penghujungnya adalah....BANGUN DARI TIDUR....

Memang confirm ar...nak kejut org bangun tidur bukan senang (termasuk kalau nak kejutkan ana)....lebih2 lagi kalau org yang tidur tu dlm keadaan letih @ ngantuk gile....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cukup stakat tu...Kita sentuh topik asalnya...

>>> TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN <<<


Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy-Syeikh Muhazzab, Asy-Syeikh Muhyiddin An Nawawi berkata; disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu; "Tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian".

Di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

  1. Untuk mendirikan solat apabila waktunya hampir habis
  2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
  3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
  4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
  5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh
  6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
  7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh
  8. jika tidur selepas azan
  9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh
  10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Minhaad dinyatakan makruh
  11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidur demikian itu, dibenci Allah dan RasulNya"
  12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya"
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik....perkara pertama.....(no 1).....

Memang dah patut ar kan...kena ar kejutkan orang yg tidur supaya bangun & Solat...Takkan nak biar je..Solat tu perkara yang terpenting...Perkara pertama yg akan ditanya kat Padang Mahsyar nanti....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha semula perkara kedua pulak....(no 2).....

Fikir secara logik...kalau ada sorang budak tgh tidur...berguling-guling sampai depan kita yg tengah solat...apa perasaan ? Kat tempat nak sujud lak tu...Mestilah dah ganggu...x kan nak sujud kepala atas badan dia lak...So, memang wajib ar kalau kita nampak ada sesape tidur depan org solat..kita kena ar kejutkan....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik perkara ketiga....(no 3).....

Saf pertama....x kan nak biar je...dahla kat saf pertama lak tu...so, fikir ikut otak yg normal..mesti kita pun fikir..memang patut kejutkan @ bangunkan org yg tgh tidur tu....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik perkara keempat....(no 4).....

Beranda yg tidak berpagar....pergh...memang ar sedap je kalau baring...dah kata beranda...mesti ar berangin...nyaman je rasa...tapi kalau x de pagar...memang silap ar...
dah kata tidur...ada ke tidur yg x bergerak ? Tu dah tahap pengsan dah tu...kalau tidur duduk pun tergerak-gerak..apatah lagi tidur baring....Nak elak ke'maut'an...sememangnya patut kita kejutkan orang yg tidur diatas beranda yg tidak berpagar.....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha perkara kelima...(no 5)....


Sunnah dan Ahli Scientist menggalakkan supaya tidur mengiring ke kanan kerana ianya memberi effects yg baik kepada seluruh badan....Tapi kalau tidur mengiring kat luar @ ketika cuaca panas...memang silap ar....mahu x jadi gelap + cerah kat kulit.....bahagian atas kena cahaya so, akan jadi gelap....bahagian bawah terlindung...kekal dgn warna asal....Jadilah Half Men....(Half gelap...Half cerah..)Sendiri mau ingat la dia punya bad effect...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha syle tidur keenam la pulak....(no 6)....


Tidur setelah terbit fajar TAPI sebelum timbul matahari...maknanya antara Subuh dgn Syuruk la tu...Biasa kalau ngantuk @ tak cukup tidur malam semalamnya mesti kita overdragging tidur kita sampai pagi besoknya.... Sebenarnya benda ni x bape elok...effect dia kat kita punya badan...badan ni jadik lemah...perut sakit sebab x makan pagi cam biasa....So, kalau kita nampak sesape je tidur antara 2 waktu ni...memang patut ar kita kejutkan diorang....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha apa kes lak tidur yang ketujuh...(no 7)....


Isyak...dah waktu last...standard ar..malam je letih..bila dah letih...confirm ngantuk lak....So, kalau nampak ada sesape yg tidur waktu mendirikan solat Isyak...cepat2 la kejutkan dia...kang ter'miss' lak Isyak tu sampai esoknya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha no 8.....

Tidur selepas azan...si tidur tu besar kemungkinan..dia ada niat baik....nak solat awal...tapi tertidur lak lepas azan kan...so, walaupun kita x tahu yg dia tu tidur secara sengaja @ x sengaja..memang patut ar kalau kita kejutkan dia...sebab...secara 'husnuzzon' mungkin dia nak solat awal waktu....

-----------------------------------------------------------------------

scroll atas...Usha perkara lepas no 8 (no 9 la...)

Contoh cam jiran kita ni baru lepas balik kerja...dia balik rumah...bukak tingkap supaya udara masuk...tetiba sebab letih yang teramat sangat....dia tertidur..kita lak ter 'usha' lak dari tingkap dia...nampak dia tertidur...kan bahaya tu..kalau ada durjana2 lain lak nampak...so, sebagai seorang jiran @ yg bersifat kemanusiaan...elok la gi kejutkan tuan rumah tu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha..yang ke 10 lak..nak tengok apa cer .......

Wanita a.k.a perempuan...kalau dia tidur terlentang...(pepaham je la......)mesti ar akan berlaku sesuatu...x dgn manusia...dgn si Durjana....So, kalau kita terperasan @ terlihat..elok lah pegi tegur...kalau lelaki jangan terus lak pegi kejutkan...lagi la parah episode berikutnya...suruh2 la mana2 pompuan yg kita boleh mintak dia kejutkan si penidur tu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur yg ke second last pulak...(no 11)...

Tidur secara meniarap...rasanya ramai yg dah tahu kan perkara ni...apa yg kita x nampak secara zahir tu kan...Perkara2 ni memang ditegah oleh Rasulullah S.A.W sekeras-kerasnya...cerita dia..ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan-jalan bersama Sahabat2..lalu dia ternampak seseorang yg sedang dlm keadaan tidur secara meniarap...lalu ditunjukkannya perkara itu... seraya berkata, " Tidur demikian itulah yg dibenci oleh ALLAH dan RasulNYA....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan..tidur terakhir...(tidur no. 12)....

Untuk bangun malam a.k.a Qiamullail...dah kata Qiamullail tu satu perkara yang teramat digalakkan...x kan lah x kejut kawan @ member kita untuk qiam skali....Bagi Suami-Isteri, Rasulullah S.A.W dah pun jadikan kisah dia mengejutkan Fatimah R.Anha untuk qiamullail bersama...Dan telah turun juga satu firman ALLAH tentang perkara ni.... (Rujuk balik no 12)

Oleh itu...Kalau 12 situasi tu ada berkait dalam kehidupan korang..eloklah..korang lakukannya...memang patut ar...(Dan ada sesetengah berpendapat WAJIB)....Tapi..kalau nak usha balik...kita sebagai manusia memang patut ar buat benda2 tu....sebab tu pun salah satu contoh sifat ber-pri-kemanusia-an.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir disini, Wallahua'lam.....

[Asif...sebab gunakan ayat2 @ perkataan ringkas sebab pedang(masa) dah jauh memotong.... kengkadang sikit lagi nak hanyut ke duniawi...nak buat camne...nama pun manusia...Sesape yg ada nampak si penulis buat salah..sikit pun..sila2 tegur....]

No comments: