Thursday, February 12, 2009

Laknat keatas 10 orang yg bersama Arak

Salam Alaikum keatas yg nak baca.....

Post kali ni mungkin x byk sangat orang nak baca....tapi eloklah baca...x panjang pun...skit je...
Walaupun sikit je...tapi kalau korang ada tergolong dlm 10 golongan yang disebutkan..korang adalah diantara orang2 yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dimulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Tarmizi dan Ibn Majjah.....

Rasulullah MeLAKNAT 10 golongan yang berkaitan dengan Arak;

  1. Yang Memerahnya(Memerasnya)
  2. Yang Minta Diperaskan
  3. Yang Meminum
  4. Yang Membawa
  5. Yang Minta Dihantari
  6. Yang Menuangkannya
  7. Yang Menjual
  8. Yang Makan Harganya
  9. Yang Membelinya
  10. Yang Meminta Dibelikan


Baca balik 10 golongan ni..confirm x t'masuk ? Kalau betul2 confirm x pe....tapi check2 betul...rasa2 cam ada je yg termasuk golongan ke-4 , ke-6, ke-7 & ke-8......

Confirm x ? Kalau korang kerja kat tujuh sebelas...



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha ? Apsal ? Nak kata x de kaitan ? Cuba check balik....

No 4 - Yang Membawa
Ada sesetengah orang loaded...dia ni x suka carik sendiri, so, dia akan suruh pekerja2 kat tujuh sebelas tu yg tolong ambikkan...

Kalau korang pernah buat camni...cepat2 lah...sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN

-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 6 - Yang Menuangkannya

Benda ni si penulis nak 'shoot on target' kat yg kerja kat pusat2 karaoke tu...sesetengah pusat karaoke dengar cite ada yg sediakan arak..so, kalau ada V.I.P yg dok karaoke tu mintak korang tuangkan arak..Udah ler....Mintak la tukar kat department lain....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 7 - Yang Menjual

Tetiba ada lak yg boleh jawab...
"Eh, aku jaga je kedai tujuh sebelas ni..." Abistu, bila ditanya balik...
"Kalau ambik satu snek secara free boleh x?" Dilawan pulak.....
"Mana boleh...kena la beli dgn harga dia !!!" Pastu kena lak soalan 'maut'
"Masalahnya..nak beli kena daripada penjual dia, sape penjual dia ?"

Ha...terkelu terus....Takkan la sanggup dilaknat oleh Rasulullah S.A.W sebab nak kumpul harta duniawi ? Fikir2 la sikit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
No 8 - Yang Makan Harganya

Walaupun kerja cleener dgn tukang susun je kat tujuh sebelas...tapi..gaji datang dari mana ? Mesti ar dari hasil untung jual barang2 kat kedai tujuh sebelas tu.....Antara barang2 yang dijual kat situ x yah cakap ar..termasuk la...Alif + Ro + Alif + Qaf.....So, skali lagi dinasihatkan... JANGAN la kerja kat situ....Sumber Haram = Darah Haram....Pepandai ar fikir sendiri....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda simple tapi x diambil tahu sangat...x kan nak masuk dlm golongan yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W ? Kalau takut derhaka Sultan kerana takut dilaknat oleh Sultan...x kan boleh berani terima laknat daripada Pesuruh Yang Maha Berkuasa ?

Fikir2 la...ambik masa pun x pe nak fikir bab ni..asalkan tetap bergerak..baik secara EVOLUSI @ REVOLUSI....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Asif keatas mereka yg tidak rasa ada sikit pun kaitan dlm hidup dia...sebab tujuan sebenar di post kan pasal benda ni ialah sebagai DEDIKASI BUAT SAHABAT & SAUDARA SE-ISLAM SI PENULIS yg mungkin dok sebok carik part-time job semasa mid-term break @ sebagai lepasan SPM....

"....Masih Belum Terlambat...."

Wallahua'lam....Akhir di sini...

No comments: