Showing posts with label Jenaka Membina. Show all posts
Showing posts with label Jenaka Membina. Show all posts

Saturday, August 30, 2008

TIPS UNTUK MENGEJUTKAN ORANG BERSAHUR.....

Assalamualaikum.....
Semua orang nampaknya sudah biasa mengaitkan puasa dengan sahur.Betul x?Kadang-kadang kalau orang tanya "kau/anta puasa tak hari ni?",pasti ada yang menjawab, "aku/ana tak puasa hari ni" dan bila ditanya balik, "kenapa tak puasa?", jawapan yg biasa didengari ialah "aku/ana tak sahur pagi tadi".......Jadi ana akan menyediakan beberapa tips untuk mengejutkan orang yang anda ingin kejutkan itu...untuk bersahur..(mengikut kajian, boleh juga digunakan untuk mengejutkan orang untuk bangun solat....dan urusan-urusan lain)....

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips-tips menarik untuk dicuba...INGAT !!! BELUM CUBA BELUM TAHU !!!

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan..kalau x bangun jugak,

2. Sentuh bahu orang tidur tu..dan goyangkan perlahan-lahan..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak,

3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak,

4. Tampar-tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak,

5. Tutup kipas atau air-cond....biarkan dia berpeluh....biarkan di kepanasan.....

Still takde effect?Terpaksalah guna teknik-teknik level 2 dibawah ni pulak.....

1. Jerit nama dia kuat-kuat(lebih berkesan jika guna microphone)direct ke telinga dia....kalau x de effect gak.....

2. Tampar-tampar dengan kuat pipi dia....kalau x de effect gak....

3. Simbah air sebaldi(air panas karang macam mendera pulak)....so, korang simbah air yang korang rendam stokin korang....kalau x de effect gak....

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari katil..kalau x de effect jugak....

5. Goyang badan dia kuat-kuat pastu jerit gempa bumi!!! kalau x de effect jugak

6. Letak tempoyak @ pekasam @ belacan @ mana-mana makanan yang ada bau kurang menyenangkan dekat dengan hidung dia....(nak masukkan kat mulut dia terus pun boleh gak)

Ha....Takde effect lagi....Apalagi.....Try yang level 3.....baek punya.....

1. Baca Surah Al-Fatihah direct ke telinga dia......kalau tak berjaya

2. Baca Surah Yaasin....juga direct ke telinganya....

Ha ??? Apa ??? Takde effect jugak.....Rileks!! Jangan Sedih....La tahzan.....korang tak boleh nak buat apa..jangan terus menengis...setiap kejadian ada hikmah....Yang hidup tetap akan pergi.....Nampaknya TUHAN itu lebih menyayanginya..Dah tiba masanya untuk dia menghadapa TUHANnya......

Apalagi...tinggal satu je lagi cara....

Panggil Tok Imam dengan orang-orang untuk menguruskan jenazah beliau...

Sekian,

Artikel kat atas ni...mungkin boleh dianggap sebagai jokes..tapi kalau tengok betul-betul....boleh dijadikan kenyataan....

Wassalam....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK !!!!

Saturday, July 5, 2008

Al - Qur'an vs AstoView

Assalamualaikum....

Post kali ini dimulakan dengan sebuah cerita dalam bentuk puisi berbahasa Inggeris.Ana tahu antum semua akan faham punya...Kalau tak faham bukak je mana-mana kamus....Takpun tanya orang lain...Apa-Apapun antum semua kena faham apa yang ana nak sampaikan......


SIDE BY SIDE
They lie on the table side by side
THE HOLY QURAN and the ASTRO VIEW.
One is well worn and cherished with pride
NOT THE HOLY QURAN, but the ASTRO VIEW.
One is used daily to help folks decide
NO,NOT THE HOLY QURAN, but the ASTRO VIEW.
As the pages are turned, what shall they see
Oh, what does it matter, turn on the T.V.
So they open the book in which they confide
NO,NOT THE HOLY QURAN, but the ASTRO VIEW.
THE WORD OF ALLAH IS SELDOM READ
Maybe just a verse before they fall into bed.
Exhausted and sleepy also tired can be
NOT FROM READ THE QURAN, BUT from watching T.V.
So then back to the table side by side,
Lie THE HOLY QURAN and the ASTRO VIEW.
No time for prayer, no time for the Word
The plan of Istiqama is seldom heard.
But forgiveness of sin, so full and free,
IS FOUND IN THE HOLY QURAN, not on ASTRO VIEW
Post ni ditujukan khas bagi mereka-mereka yang melanggan AstroView sebenarnya.....
Sejak Asro Guide ditukarkan kepada AstroView,makin menjadi-jadi pengaruh barat dalam minda orang-orang Islam di Malaysia (yg melanggan AstroView ni je la)
Tak payah nak beli mana-mana majalah lain lagi dah....AstroView kan ada citer pasal artis dan hiburan....
Cuba cari bab agama dalam Astro View....Jumpa tak ???
Hatta..budak yang masih kecil pun diajar membaca menggunakan Astro View,bila perkara macam ni berlaku,confirm ar...budak kecik tu lagi meminati bab hiburan daripada bab Agama bila dia dah meningkat dewasa nanti......
Susah sangat ke nak merajin-rajinkan diri baca Al-Quran ? Takde susahnya...kalau kita boleh bangun pagi-pagi terus buka Astro View untuk tengok ada program apa hari ni....atau untuk membaca tentang bab hiburan didalamnya....TAKKAN tak boleh nak gantikan tempat Astro View itu dengan Al-Qur'an ????
Ada sorang ustaz ana kata....senang je..dia kata kita kalau dah biasa sangat contohnya letak Astro View sebelah t.v , dan Al-Quran di atas almari,apa kata kita tukarkan tempat Astro View tu dengan Al-Qur'an......dan tempat Al-Qur'an itu pula tempat Astro View pula.....Kan senang......
Sebenarnya masih ada terlalu banyak cara yang boleh kita buat dalam hal ni......
Semua usaha terletak di tangan antum semua.....Ubahlah tabiat yang tidak berapa elok ni dengan tabiat yang lebih baik.....
Sekali lagi ana nak ulangi,membaca tentang hiburan tiada baiknya malahan boleh mendatangkan kesan buruk pula....TETAPI membaca KALAMULLAH tidak akan datang walau satupun keburukan....
Sekian,
Wassalam....dan Jangan lupa untuk mensebar-sebarkannya ye......

Monday, June 9, 2008

Orang Sekarang Dah Terbalik.....(Bukan semua ye..)

Assalamualaikum....
Post ni dicipta untuk menyedarkan kita bahawa ramai orang di dunia ini sekarang sudah terbalik dan menjadi tanggungjawab bersama kita memperbetulkan apa yang sudah terbalik.....
Orang sekarang dah terbalik,
Yang keji di pandang baik,
Yang terpuji di pandang tak molek.


Yang baik kena diselidik,
Yang manfaat dipandang pelik,
Yang tak baik dijadikan didik.

Ish…ish.ada ke patut ??
Pergi usrah kena herdik,
Buat maksiat tak pula diselidik,
Nak buat kebajikan dan kebaikan punyalah susah..
Maksiat disambut melata,
Bukan diri ini hendak mengata,

Cuma…kalau tak betul orang tak kata.

Study group kena buat perancangan yang tepat,
Perancangan dating hanya sesaat-dua,
Dating dibawah dua jam tak akan sempat,
Tetapi susah untuk melakukan solat yang
rakaatnya hanya dua.
Ish..ish..ish..
Memang orang sekarang dah terbalik
Takut pada benda yang tak bertempat,
Berani pada perkara yang tak tepat,
Pembentukkan rohoni dan usrah di sekat
Bukankah islam itu hebat,
Kenapa pula disekat-sekat.

Ish…ish..ish...
Memang orang sekarang pelik
Mengaku islam itu hebat ,
Tapi halal dan haram semua di rembat,
Benarkan diskusi agama disamping perkara maksiat.

Ish..ish..ish....
Memang kita pun sama pelik,
Entah bila mata nak celik,
Sampai bila nak biarkan akal pendek,
Bila pula nak jadi mahasiswa terdidik.

Ish..ish..ish..
Sama-samalah jadi pelik,
Sama-samalah nanti terbalik,
Dunia ni pun dah nak terbalik,
Penghuninya pun dah nak terbalik,
Esok lusa pasti dunia dan penghuninya
akan terbalik.

Ish..ish…ish..
Agaknya ini ciri-ciri manusia akhir zaman,
Sedikit nasihat untuk teman seperjuangan,
Pertahankanlah Islam selagi berkemampuan,
Pasti Islam akan mencapai kegemilangan.
Jadikanlah Islam yang sebenar-benar agama,
Kerana Indahnya Islam sebagai agama,
Islam itu tangga kecemerlangan bersama,
Dan kita sebagai penganut perlu bekerjasama

Jangan biar Islam lapuk kerana diri sendiri,
Jangan juga biarkan ia dicemari,
Sebabnya kita orang ISLAM yang berperi
Jangan kepada Yahudi pula peluang kita beri.

Cukuplah dulu bumi kita di jajah,
Jangan biarkan ia berulang lagi,
Dan jangan sesekali biarkan pula fikiran kita pula dijajah,
Jika tidak mahu Islam hampa lagi.
Sekian,
Wassalam......dan jangan lupa sebar-sebarkanya ye....

Wednesday, June 4, 2008

Kebaikan di sebalik......[sedar tak?]

Assalamualaikum....

Post ni ada kaitan dengan post yg lepas bertajuk sedar...tak?
Terdapat juga kebaikan disebalik 10 perubahan yang akan berlaku bermula 8 Jun 2008......o

  1. Kebaikannya.....bila cikgu anda masuk kelas dan tanya ''siapa buat qiamullail semalam?angkat tangan'',anda boleh angkat tangan dengan bangga dan riaknya.....
  2. Kebaikannya.....pekerja tersebut mungkin naik gaji sebab buat overtime dan tokey restoran 24 jam tersebut untung sebab ramai pelanggan sampai lewat malam.....
  3. TIADA KEBAIKAN
  4. Kebaikannya.....menyenangkan guru kelas menanda kedatangan kerana ramai yang hadir..
  5. Kebaikannya.....guru lelaki tersebut makan gaji buta dan pelajar sememangnya suka buat kerja masing-masing....
  6. Kebaikannya.....pelajar-pelajar lelaki tidak akan berbincang pasal bola waktu cikgu perempuan ajar...
  7. Kebaikannya.....HANYA pada Tenaga Nasional Berhad[TNB] sebab mereka untung apabila ramai pengguna menggunakan elektrik sampai lewat malam....
  8. Kebaikannya....pelajar tersebut mungkin akan membaiki dirinya selepas ibubapanya melihat prestasinya menurun...
  9. TIADA KEBAIKAN
  10. TIADA KEBAIKAN

Logik jugak ek fakta kat atas ni....Tapi nombor 3,9&10 sememangnya tiada kebaikan malahan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan....

Tuesday, June 3, 2008

Sedar tak????



Assalamualaikum....




Sedar tak tentang................


10 Perubahan yang akan berlaku bermula 8 Jun 2008




  1. Semakin ramai orang buat qiamullail[bangun malam ]...TAPI UNTUK....tengok bola....


  2. Semakin ramai pekerja buat ovetime...TAPI UNTUK....senangkan diri lepas habis kerja terus pegi restoran 24 jam untuk tengok bola


  3. Semakin ramai yang susah bangun subuh...KERANA...lambat tidur..sebab tengok bola....


  4. Semakin ramai pelajar rajin pegi sekolah...SEBAB...nak cite pasal match semalam dengan kawan


  5. Semakin ramai guru lelaki yang masuk kekelas dan berkata'buat kerja masing-masing'... SEBAB.... guru lelaki tersebut tak prepare nak mengajar kerana asyik tengok bola


  6. Semakin ramai pelajar kurang belajar dan mengambil kesempatan untuk bincang bola.. SEBAB..berlakunya perkara[no.5]


  7. Semakin ramai pembazir elektrik..SEBAB..buka tv lama sangat...mula2 tengok preview... lepastu MATCH...pastu HIGHLIGHTS MATCH..pastu ULASAN MATCH....


  8. Semakin ramai pelajar yang menurun prestasi KERANA kurang belajar....TAPI banyak tengok bola


  9. Semakin ramai orang berjudi...UNTUK...berjudi negara pilihan mana yang akan menang....


  10. Semakin ramai orang yang lupakan ALLAH...SEBAB...asyik ingat bola je.....




Kepada sesiapa yang terasa...harap dapat ubah perangai kerana tidak salah untuk kita tengok bola atau meminati bola TAPI janganlah sampai terlalu taksub sehingga terjadinya perkara-perkara diatas.......ISH...ISH...ISH....NAUZUBILLAH