Showing posts with label For Teenagers..... Show all posts
Showing posts with label For Teenagers..... Show all posts

Thursday, February 12, 2009

Laknat keatas 10 orang yg bersama Arak

Salam Alaikum keatas yg nak baca.....

Post kali ni mungkin x byk sangat orang nak baca....tapi eloklah baca...x panjang pun...skit je...
Walaupun sikit je...tapi kalau korang ada tergolong dlm 10 golongan yang disebutkan..korang adalah diantara orang2 yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dimulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Tarmizi dan Ibn Majjah.....

Rasulullah MeLAKNAT 10 golongan yang berkaitan dengan Arak;

  1. Yang Memerahnya(Memerasnya)
  2. Yang Minta Diperaskan
  3. Yang Meminum
  4. Yang Membawa
  5. Yang Minta Dihantari
  6. Yang Menuangkannya
  7. Yang Menjual
  8. Yang Makan Harganya
  9. Yang Membelinya
  10. Yang Meminta Dibelikan


Baca balik 10 golongan ni..confirm x t'masuk ? Kalau betul2 confirm x pe....tapi check2 betul...rasa2 cam ada je yg termasuk golongan ke-4 , ke-6, ke-7 & ke-8......

Confirm x ? Kalau korang kerja kat tujuh sebelas...



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha ? Apsal ? Nak kata x de kaitan ? Cuba check balik....

No 4 - Yang Membawa
Ada sesetengah orang loaded...dia ni x suka carik sendiri, so, dia akan suruh pekerja2 kat tujuh sebelas tu yg tolong ambikkan...

Kalau korang pernah buat camni...cepat2 lah...sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN

-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 6 - Yang Menuangkannya

Benda ni si penulis nak 'shoot on target' kat yg kerja kat pusat2 karaoke tu...sesetengah pusat karaoke dengar cite ada yg sediakan arak..so, kalau ada V.I.P yg dok karaoke tu mintak korang tuangkan arak..Udah ler....Mintak la tukar kat department lain....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 7 - Yang Menjual

Tetiba ada lak yg boleh jawab...
"Eh, aku jaga je kedai tujuh sebelas ni..." Abistu, bila ditanya balik...
"Kalau ambik satu snek secara free boleh x?" Dilawan pulak.....
"Mana boleh...kena la beli dgn harga dia !!!" Pastu kena lak soalan 'maut'
"Masalahnya..nak beli kena daripada penjual dia, sape penjual dia ?"

Ha...terkelu terus....Takkan la sanggup dilaknat oleh Rasulullah S.A.W sebab nak kumpul harta duniawi ? Fikir2 la sikit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
No 8 - Yang Makan Harganya

Walaupun kerja cleener dgn tukang susun je kat tujuh sebelas...tapi..gaji datang dari mana ? Mesti ar dari hasil untung jual barang2 kat kedai tujuh sebelas tu.....Antara barang2 yang dijual kat situ x yah cakap ar..termasuk la...Alif + Ro + Alif + Qaf.....So, skali lagi dinasihatkan... JANGAN la kerja kat situ....Sumber Haram = Darah Haram....Pepandai ar fikir sendiri....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda simple tapi x diambil tahu sangat...x kan nak masuk dlm golongan yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W ? Kalau takut derhaka Sultan kerana takut dilaknat oleh Sultan...x kan boleh berani terima laknat daripada Pesuruh Yang Maha Berkuasa ?

Fikir2 la...ambik masa pun x pe nak fikir bab ni..asalkan tetap bergerak..baik secara EVOLUSI @ REVOLUSI....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Asif keatas mereka yg tidak rasa ada sikit pun kaitan dlm hidup dia...sebab tujuan sebenar di post kan pasal benda ni ialah sebagai DEDIKASI BUAT SAHABAT & SAUDARA SE-ISLAM SI PENULIS yg mungkin dok sebok carik part-time job semasa mid-term break @ sebagai lepasan SPM....

"....Masih Belum Terlambat...."

Wallahua'lam....Akhir di sini...

Monday, June 9, 2008

Orang Sekarang Dah Terbalik.....(Bukan semua ye..)

Assalamualaikum....
Post ni dicipta untuk menyedarkan kita bahawa ramai orang di dunia ini sekarang sudah terbalik dan menjadi tanggungjawab bersama kita memperbetulkan apa yang sudah terbalik.....
Orang sekarang dah terbalik,
Yang keji di pandang baik,
Yang terpuji di pandang tak molek.


Yang baik kena diselidik,
Yang manfaat dipandang pelik,
Yang tak baik dijadikan didik.

Ish…ish.ada ke patut ??
Pergi usrah kena herdik,
Buat maksiat tak pula diselidik,
Nak buat kebajikan dan kebaikan punyalah susah..
Maksiat disambut melata,
Bukan diri ini hendak mengata,

Cuma…kalau tak betul orang tak kata.

Study group kena buat perancangan yang tepat,
Perancangan dating hanya sesaat-dua,
Dating dibawah dua jam tak akan sempat,
Tetapi susah untuk melakukan solat yang
rakaatnya hanya dua.
Ish..ish..ish..
Memang orang sekarang dah terbalik
Takut pada benda yang tak bertempat,
Berani pada perkara yang tak tepat,
Pembentukkan rohoni dan usrah di sekat
Bukankah islam itu hebat,
Kenapa pula disekat-sekat.

Ish…ish..ish...
Memang orang sekarang pelik
Mengaku islam itu hebat ,
Tapi halal dan haram semua di rembat,
Benarkan diskusi agama disamping perkara maksiat.

Ish..ish..ish....
Memang kita pun sama pelik,
Entah bila mata nak celik,
Sampai bila nak biarkan akal pendek,
Bila pula nak jadi mahasiswa terdidik.

Ish..ish..ish..
Sama-samalah jadi pelik,
Sama-samalah nanti terbalik,
Dunia ni pun dah nak terbalik,
Penghuninya pun dah nak terbalik,
Esok lusa pasti dunia dan penghuninya
akan terbalik.

Ish..ish…ish..
Agaknya ini ciri-ciri manusia akhir zaman,
Sedikit nasihat untuk teman seperjuangan,
Pertahankanlah Islam selagi berkemampuan,
Pasti Islam akan mencapai kegemilangan.
Jadikanlah Islam yang sebenar-benar agama,
Kerana Indahnya Islam sebagai agama,
Islam itu tangga kecemerlangan bersama,
Dan kita sebagai penganut perlu bekerjasama

Jangan biar Islam lapuk kerana diri sendiri,
Jangan juga biarkan ia dicemari,
Sebabnya kita orang ISLAM yang berperi
Jangan kepada Yahudi pula peluang kita beri.

Cukuplah dulu bumi kita di jajah,
Jangan biarkan ia berulang lagi,
Dan jangan sesekali biarkan pula fikiran kita pula dijajah,
Jika tidak mahu Islam hampa lagi.
Sekian,
Wassalam......dan jangan lupa sebar-sebarkanya ye....

Tuesday, June 3, 2008

Sedar tak????



Assalamualaikum....




Sedar tak tentang................


10 Perubahan yang akan berlaku bermula 8 Jun 2008




  1. Semakin ramai orang buat qiamullail[bangun malam ]...TAPI UNTUK....tengok bola....


  2. Semakin ramai pekerja buat ovetime...TAPI UNTUK....senangkan diri lepas habis kerja terus pegi restoran 24 jam untuk tengok bola


  3. Semakin ramai yang susah bangun subuh...KERANA...lambat tidur..sebab tengok bola....


  4. Semakin ramai pelajar rajin pegi sekolah...SEBAB...nak cite pasal match semalam dengan kawan


  5. Semakin ramai guru lelaki yang masuk kekelas dan berkata'buat kerja masing-masing'... SEBAB.... guru lelaki tersebut tak prepare nak mengajar kerana asyik tengok bola


  6. Semakin ramai pelajar kurang belajar dan mengambil kesempatan untuk bincang bola.. SEBAB..berlakunya perkara[no.5]


  7. Semakin ramai pembazir elektrik..SEBAB..buka tv lama sangat...mula2 tengok preview... lepastu MATCH...pastu HIGHLIGHTS MATCH..pastu ULASAN MATCH....


  8. Semakin ramai pelajar yang menurun prestasi KERANA kurang belajar....TAPI banyak tengok bola


  9. Semakin ramai orang berjudi...UNTUK...berjudi negara pilihan mana yang akan menang....


  10. Semakin ramai orang yang lupakan ALLAH...SEBAB...asyik ingat bola je.....




Kepada sesiapa yang terasa...harap dapat ubah perangai kerana tidak salah untuk kita tengok bola atau meminati bola TAPI janganlah sampai terlalu taksub sehingga terjadinya perkara-perkara diatas.......ISH...ISH...ISH....NAUZUBILLAH

Sunday, May 25, 2008

Sedikit Kelegaan di Hati.....




Assalamualaikum....




-Memandangkan Akedemi Fantasia musim ke-6 sudah habis,ana dapat rasakan sedikit kelegaan di hati ana....Jangan salah faham....bukan maksud ana...lega sape jadi juaranya...tetapi lega sebab berakhirnya musim KEBODOHAN peminat-peminat AF @ lebih khusus lagi kepada....pengundi-pengundi AF....yang banyak membakar duit..dan melepaskan kebodohan dengan mengundi pelajar-pelajar AF....




-Memangla....kalau nak ikutkan....ada yang kata dia undi banyak-banyak untuk menang sebagai pengundi yg menghantar undian terbanyak....Memang,apabila anda menghantar contohnya 100 undian....ia hanya menggunakan RM 50 untuk memenangi RM 2500 tapi.....




-Anda Sedar tak?Anda mendapat dosa membazir apabila anda menggunakan RM 50 di jalan yang sia-sia....Takde gunanya.....Kalau sedekahkan lagi baik...dapat satu ganjaran yang memang tak dapat tandingi semua ganjaran di dunia....iaitu...GANJARAN SYURGA...




-Ada yang melawan...dia kata...untung RM 2450....semua orang nak...dan..duit tu boleh jugak guna untuk bersedekah....apa salahnya???Niat kita baik....




-Ingat !!! Walaupun niat baik....tetapi niat tidak pernah dapat menghalalkan cara.... cara kita adalah dengan MEMBAZIR dan hukum asalnya ialah Dosa dan tak dapat nak diubah..... Haram tetap Haram....




-Jadi.....Sedarlah kita....membazirkan harta ke jalan yg salah dan bukan jalan yang diberkati Allah ialah satu perkara yang boleh mendatangkan dosa dan mungkin kemungkaran dari Allah....




-Ingatlah....Jika kamu mengejar dunia.....Dunia itu pasti akan lari daripada kamu....TETAPI....Jika kamu mengejar ukhrawi....Ia tetap tidak akan lari daripada kamu....




-Sabda Nabi,Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan Insya-Allah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya....




Wassalam.....