Showing posts with label Untuk Kaum Hawa..... Show all posts
Showing posts with label Untuk Kaum Hawa..... Show all posts

Saturday, February 21, 2009

Seloka buat Hawa....

Salam Alaik keatas yg sedang membaca.....
Post kali ini ana ambik secara copy-paste dari CariGold.com......
Post ni adalah di straightkan kepada yg berjantina female bak kata omputih...bak kata pak arab...Muannas..bak kata melayu...Pompuan....
So, kepada mereka2 yg telah disebutkan....sebelum baca..bukalah hati dahulu untuk menerimanya.....


Tutup aurat satu tuntutan

Dalam keluarga wajib tekankan
Kalau tak ikut gunalah rotan
Demi melaksanakan perintah Tuhan

Aurat ditutup mestilah lengkap
Tudung litup termasuk skap
Mini telekong pun orang cakap
Elok dipandang tak payahpun 'make up'

Sekurang-kurangnya berbaju kurung
Lebih elok jubah mengurung
Kaki pula mesti bersarung
Ditumit kaki syaitan bertarung

Kalau wanita menutup aurat
Orang jahat tak berani ngorat
Bahkan boleh menjadi ubat
Orang memandang boleh bertaubat

Pakaian modern memanglah hebat
Harganya mahal walaupun ketat
Walaupun cantik tetapi singkat
Orang memakaipun nampak pusat

Berseluar ketat bajupun ketat
Jarangnya pulak boleh dilihat
Orang yang memakai terus dilaknat
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat

Apa yang aneh bila dipandang
Lengan pendek tapi bertudung
Nampak seperti orang yang kudung
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir
Baju kebaya tudung berukir
Nampak dada iman terjungkir
Kain terbelah peha terukir

Bila ditanya kenapa begitu
Dia kata fesyennya dah macam tu
Di dalam hati niat tertentu
Menggoda jantan sudahlah tentu

Menutup aurat boleh berfesyen
Tetapi jangan menunjuk eksyen
Sesuaikan diri ikut profesyen
Kalau dilaknat tak guna sesen

Kalau nak "Make Up" biarlah padan
Jangan terlebih bila berdandan
Minyak wangi cuba elakkan
Bedak dan gincu sekadar keperluan

Kasut tinggi cuba jauhi
Kerana ia melahirkan bunyi
Boleh menarik perhatian lelaki
Perbuatan ini dibenci Ilahi

Apatah lagi menghentakkan kaki
Menarik perhatian orang laki-laki
Melenggok punggung menggoda hati
Ustaz melihat pun separuh mati

Buat apa nak tayang jambul
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol
Mahkota disimpan tak jadi bisol
Memakai tudung Islam tersimbol

Selokaku ini bukanlah jahat
Hanya saja mahu peringat
Kepada semua para sahabat
Terutama sekali untuk akhawat


Kalau nak ikut nasihat ini
Jangan bertangguh ubahlah diri
Benda yang baik tak payah diuji
Akan terserlah akhlak terpuji

Kepada semua kawan lelaki
Jangan tergelak wanita diperli
Keluarga kita tak terkecuali
Terutama sekali anak dan isteri

Sudahkah kita tanamkan iman
Menutup aurat seluruh badan
Ke sana sini dilindungi Tuhan
Keluarga menjadi contoh tauladan

So, jangan lak tetiba nak salahkan author blog ni sebab copy-paste benda ni...sebaliknya muhasabah lah diri tu....Benda kat atas ni semuanya betul....Terima je la....

Tu je.....
Wassalam....

Wednesday, June 18, 2008

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita.......

Assalamualaikum.....
Post ini dicipta untuk memberitahu para wanita diluar sana tentang apa yang dipesankan oleh Rasulullah SAW terhadap mereka......

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

1- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara,kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7- Wanita yang taat pada suami,semua burung-burung di udara,ikan diair, malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapatpakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya,diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Wassalam...