Thursday, February 12, 2009

Laknat keatas 10 orang yg bersama Arak

Salam Alaikum keatas yg nak baca.....

Post kali ni mungkin x byk sangat orang nak baca....tapi eloklah baca...x panjang pun...skit je...
Walaupun sikit je...tapi kalau korang ada tergolong dlm 10 golongan yang disebutkan..korang adalah diantara orang2 yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dimulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Tarmizi dan Ibn Majjah.....

Rasulullah MeLAKNAT 10 golongan yang berkaitan dengan Arak;

  1. Yang Memerahnya(Memerasnya)
  2. Yang Minta Diperaskan
  3. Yang Meminum
  4. Yang Membawa
  5. Yang Minta Dihantari
  6. Yang Menuangkannya
  7. Yang Menjual
  8. Yang Makan Harganya
  9. Yang Membelinya
  10. Yang Meminta Dibelikan


Baca balik 10 golongan ni..confirm x t'masuk ? Kalau betul2 confirm x pe....tapi check2 betul...rasa2 cam ada je yg termasuk golongan ke-4 , ke-6, ke-7 & ke-8......

Confirm x ? Kalau korang kerja kat tujuh sebelas...



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha ? Apsal ? Nak kata x de kaitan ? Cuba check balik....

No 4 - Yang Membawa
Ada sesetengah orang loaded...dia ni x suka carik sendiri, so, dia akan suruh pekerja2 kat tujuh sebelas tu yg tolong ambikkan...

Kalau korang pernah buat camni...cepat2 lah...sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN

-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 6 - Yang Menuangkannya

Benda ni si penulis nak 'shoot on target' kat yg kerja kat pusat2 karaoke tu...sesetengah pusat karaoke dengar cite ada yg sediakan arak..so, kalau ada V.I.P yg dok karaoke tu mintak korang tuangkan arak..Udah ler....Mintak la tukar kat department lain....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 7 - Yang Menjual

Tetiba ada lak yg boleh jawab...
"Eh, aku jaga je kedai tujuh sebelas ni..." Abistu, bila ditanya balik...
"Kalau ambik satu snek secara free boleh x?" Dilawan pulak.....
"Mana boleh...kena la beli dgn harga dia !!!" Pastu kena lak soalan 'maut'
"Masalahnya..nak beli kena daripada penjual dia, sape penjual dia ?"

Ha...terkelu terus....Takkan la sanggup dilaknat oleh Rasulullah S.A.W sebab nak kumpul harta duniawi ? Fikir2 la sikit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
No 8 - Yang Makan Harganya

Walaupun kerja cleener dgn tukang susun je kat tujuh sebelas...tapi..gaji datang dari mana ? Mesti ar dari hasil untung jual barang2 kat kedai tujuh sebelas tu.....Antara barang2 yang dijual kat situ x yah cakap ar..termasuk la...Alif + Ro + Alif + Qaf.....So, skali lagi dinasihatkan... JANGAN la kerja kat situ....Sumber Haram = Darah Haram....Pepandai ar fikir sendiri....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda simple tapi x diambil tahu sangat...x kan nak masuk dlm golongan yang dilaknat oleh Rasulullah S.A.W ? Kalau takut derhaka Sultan kerana takut dilaknat oleh Sultan...x kan boleh berani terima laknat daripada Pesuruh Yang Maha Berkuasa ?

Fikir2 la...ambik masa pun x pe nak fikir bab ni..asalkan tetap bergerak..baik secara EVOLUSI @ REVOLUSI....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Asif keatas mereka yg tidak rasa ada sikit pun kaitan dlm hidup dia...sebab tujuan sebenar di post kan pasal benda ni ialah sebagai DEDIKASI BUAT SAHABAT & SAUDARA SE-ISLAM SI PENULIS yg mungkin dok sebok carik part-time job semasa mid-term break @ sebagai lepasan SPM....

"....Masih Belum Terlambat...."

Wallahua'lam....Akhir di sini...

Tuesday, February 10, 2009

Tidur Yang Patut Dibangunkan !!!!

Salam Alaikum kepada sekalian pembaca !

Alhamdulillah, tgn yang lengkap 10 jari masih dipinjamkan oleh ALLAH kepada si penulis...akan si penulis gunakan sebaik-baiknya waktu nak type post baru ni...

Kali ni malas nak sentuh pasal bab2 lain....kita sentuh pasal perkara yang boleh dikatakan wajib kita buat dlm 24 jam...

Apa dia ? Makan ? Minum ? Selain tu...benda yg paling last sekali...iaitu...TIDUR

Bercakap pasal tidur...penghujungnya adalah....BANGUN DARI TIDUR....

Memang confirm ar...nak kejut org bangun tidur bukan senang (termasuk kalau nak kejutkan ana)....lebih2 lagi kalau org yang tidur tu dlm keadaan letih @ ngantuk gile....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cukup stakat tu...Kita sentuh topik asalnya...

>>> TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN <<<


Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy-Syeikh Muhazzab, Asy-Syeikh Muhyiddin An Nawawi berkata; disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu; "Tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian".

Di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

  1. Untuk mendirikan solat apabila waktunya hampir habis
  2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
  3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
  4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
  5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh
  6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
  7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh
  8. jika tidur selepas azan
  9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh
  10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Minhaad dinyatakan makruh
  11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidur demikian itu, dibenci Allah dan RasulNya"
  12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya"
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik....perkara pertama.....(no 1).....

Memang dah patut ar kan...kena ar kejutkan orang yg tidur supaya bangun & Solat...Takkan nak biar je..Solat tu perkara yang terpenting...Perkara pertama yg akan ditanya kat Padang Mahsyar nanti....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha semula perkara kedua pulak....(no 2).....

Fikir secara logik...kalau ada sorang budak tgh tidur...berguling-guling sampai depan kita yg tengah solat...apa perasaan ? Kat tempat nak sujud lak tu...Mestilah dah ganggu...x kan nak sujud kepala atas badan dia lak...So, memang wajib ar kalau kita nampak ada sesape tidur depan org solat..kita kena ar kejutkan....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik perkara ketiga....(no 3).....

Saf pertama....x kan nak biar je...dahla kat saf pertama lak tu...so, fikir ikut otak yg normal..mesti kita pun fikir..memang patut kejutkan @ bangunkan org yg tgh tidur tu....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha balik perkara keempat....(no 4).....

Beranda yg tidak berpagar....pergh...memang ar sedap je kalau baring...dah kata beranda...mesti ar berangin...nyaman je rasa...tapi kalau x de pagar...memang silap ar...
dah kata tidur...ada ke tidur yg x bergerak ? Tu dah tahap pengsan dah tu...kalau tidur duduk pun tergerak-gerak..apatah lagi tidur baring....Nak elak ke'maut'an...sememangnya patut kita kejutkan orang yg tidur diatas beranda yg tidak berpagar.....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha perkara kelima...(no 5)....


Sunnah dan Ahli Scientist menggalakkan supaya tidur mengiring ke kanan kerana ianya memberi effects yg baik kepada seluruh badan....Tapi kalau tidur mengiring kat luar @ ketika cuaca panas...memang silap ar....mahu x jadi gelap + cerah kat kulit.....bahagian atas kena cahaya so, akan jadi gelap....bahagian bawah terlindung...kekal dgn warna asal....Jadilah Half Men....(Half gelap...Half cerah..)Sendiri mau ingat la dia punya bad effect...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha syle tidur keenam la pulak....(no 6)....


Tidur setelah terbit fajar TAPI sebelum timbul matahari...maknanya antara Subuh dgn Syuruk la tu...Biasa kalau ngantuk @ tak cukup tidur malam semalamnya mesti kita overdragging tidur kita sampai pagi besoknya.... Sebenarnya benda ni x bape elok...effect dia kat kita punya badan...badan ni jadik lemah...perut sakit sebab x makan pagi cam biasa....So, kalau kita nampak sesape je tidur antara 2 waktu ni...memang patut ar kita kejutkan diorang....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha apa kes lak tidur yang ketujuh...(no 7)....


Isyak...dah waktu last...standard ar..malam je letih..bila dah letih...confirm ngantuk lak....So, kalau nampak ada sesape yg tidur waktu mendirikan solat Isyak...cepat2 la kejutkan dia...kang ter'miss' lak Isyak tu sampai esoknya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usha no 8.....

Tidur selepas azan...si tidur tu besar kemungkinan..dia ada niat baik....nak solat awal...tapi tertidur lak lepas azan kan...so, walaupun kita x tahu yg dia tu tidur secara sengaja @ x sengaja..memang patut ar kalau kita kejutkan dia...sebab...secara 'husnuzzon' mungkin dia nak solat awal waktu....

-----------------------------------------------------------------------

scroll atas...Usha perkara lepas no 8 (no 9 la...)

Contoh cam jiran kita ni baru lepas balik kerja...dia balik rumah...bukak tingkap supaya udara masuk...tetiba sebab letih yang teramat sangat....dia tertidur..kita lak ter 'usha' lak dari tingkap dia...nampak dia tertidur...kan bahaya tu..kalau ada durjana2 lain lak nampak...so, sebagai seorang jiran @ yg bersifat kemanusiaan...elok la gi kejutkan tuan rumah tu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha..yang ke 10 lak..nak tengok apa cer .......

Wanita a.k.a perempuan...kalau dia tidur terlentang...(pepaham je la......)mesti ar akan berlaku sesuatu...x dgn manusia...dgn si Durjana....So, kalau kita terperasan @ terlihat..elok lah pegi tegur...kalau lelaki jangan terus lak pegi kejutkan...lagi la parah episode berikutnya...suruh2 la mana2 pompuan yg kita boleh mintak dia kejutkan si penidur tu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur yg ke second last pulak...(no 11)...

Tidur secara meniarap...rasanya ramai yg dah tahu kan perkara ni...apa yg kita x nampak secara zahir tu kan...Perkara2 ni memang ditegah oleh Rasulullah S.A.W sekeras-kerasnya...cerita dia..ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan-jalan bersama Sahabat2..lalu dia ternampak seseorang yg sedang dlm keadaan tidur secara meniarap...lalu ditunjukkannya perkara itu... seraya berkata, " Tidur demikian itulah yg dibenci oleh ALLAH dan RasulNYA....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan..tidur terakhir...(tidur no. 12)....

Untuk bangun malam a.k.a Qiamullail...dah kata Qiamullail tu satu perkara yang teramat digalakkan...x kan lah x kejut kawan @ member kita untuk qiam skali....Bagi Suami-Isteri, Rasulullah S.A.W dah pun jadikan kisah dia mengejutkan Fatimah R.Anha untuk qiamullail bersama...Dan telah turun juga satu firman ALLAH tentang perkara ni.... (Rujuk balik no 12)

Oleh itu...Kalau 12 situasi tu ada berkait dalam kehidupan korang..eloklah..korang lakukannya...memang patut ar...(Dan ada sesetengah berpendapat WAJIB)....Tapi..kalau nak usha balik...kita sebagai manusia memang patut ar buat benda2 tu....sebab tu pun salah satu contoh sifat ber-pri-kemanusia-an.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir disini, Wallahua'lam.....

[Asif...sebab gunakan ayat2 @ perkataan ringkas sebab pedang(masa) dah jauh memotong.... kengkadang sikit lagi nak hanyut ke duniawi...nak buat camne...nama pun manusia...Sesape yg ada nampak si penulis buat salah..sikit pun..sila2 tegur....]

Saturday, February 7, 2009

Isu Boikot........Arsenal @ MU ?

Salam Alaikum keatas pengunjung !

Asif keatas pembaca yg x minat bola....kerana terpaksa ana katakan post ni x bape khusus untuk antum....

Asif jiddan pula keatas peminat 'The Setan Merah'...

Huh ? Apa yg akan terbaca dlm post ni...awal2 lagi dah mintak maaf...kat peminat M.U lak tu ?

------------------------------------------------------------------------------------
Mula posting tentang real topic ....
------------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa berlatar tempatkan sebuah jalan menuju sebuah surau diatas bukit..

Alkisah..Baru-baru ni....si penulis blog berjalan...bersama pemakaian yg cukup ukuran...tiada aurat terlihat....

Hadir sorang budak...budak yg bukan botak..dan rambutnya juga bukannya keatas tegak...bertemulah keduanya...

Mulut terbuka..siapa yg ucapan salamnya dulu sempurna...Si penulis menjadi pemula..Si budak menjawab salam yg telah didoakan keatasnya....

Hairan timbul di minda penulis..si budak yg kelihatan memang ingin memulakan kata...tapi tetap si penulis yg mulakannya...ditanya...

Ada apa? Si budak menjawab...

Bang...kenapa pakai baju Arsenal ?

("Aduh!Ni mesti kes boikot ni"...Hati berkata),tapi sengaja dilakonkan seperti tidak tahu sebarang perkara...Ditanya kembali...

Apsal ? Bukannya original Nike punya barang pun...(x mampu)....

Kan Arsenal salah satu yg kena boikot....

(Kan dah kata...memang 'on target' pun sangkaanku)....

Gi tanya tu abang Erza....

------------------------------------------------------------------------------------

Erza pun melayan budak tu..Erza memang semangat bercerita..akhirnya budak tu pun faham....Ditolehnya kearah aku..."Bang,Sorry Ye!"....

Aku membalas dgn senyuman...

-----------------------------------------------------------------------------------

Erza memang untung...mak bapaknya slalu gi oversea...mestilah dia pun akan ikut...

(Argh...Bukannya nak cite pasal budak ni..)

-----------------------------------------------------------------------------------

Erza pernah cakap kat aku...dia pernah pegi kedai barang2 MU kat Stadium Old Trafford...Dia taklah kategori boros...tapi bolehlah dikategorikan banyak belanja...Dia ingat nak beli sikit barang2 MU utk kawan2 dia yg minat MU...(OF Course, aku x termasuk)...

-------------The Old Traffor MegaStore yg dimaksudkan---------------



: Kedai yg menyalurkan sumbangan penuh kepada Glazer



-----------------------------------------------------------------------------------

The Climax :

Erza ada cerita..bila dia masuk kat kedai tu...korner kanan ada kaunter bayar + kaunter pertanyaan...dia ada tanya.."Any Special Offer?"...lalu dihulurkan lah sorang wanita berambut coklat air karat kepadanya sehelai kertas...

Mesti ar kertas tu ialah kertas yang ada tulis offer2 best barang2 kat situ...

Belakang tu ada tulis "Help Glazer Back to His Place"...oleh kerana Erza masih cetek ilmu..(belajar baru 14 tahun)..dia suruh abang dia tanya kat information counter...

5 minit pastu abg dia dtg balik kat dia..bagitahu..

Glazer ni owner MU...dia banyak property ngan share kat US...tapi start 1 1/2 tahun lepas(cerita ni waktu DEC 2008)....share dia jatuh...dia kena jual sebahagian besar property ngan share dia kat US...Dulu dia pernah jadik owner kelab bola yg terkaya tapi skang dah jatuh tempat 8..(waktu tu(Dec 08)..skang x tahu)..so, sebagai peminat kelab yg ownernya tgh mengalami kemeleSETAN, dia nak peminat M.U tolong dia....


-----------------Glazer Keparat-----------------------




------------------------------------------------------------------------------------
Cukup stakat tu cite dia....

------------------------------------------------------------------------------------

Ha...apa lagi...Peminat SETAN MERAH kat luar sana...BANGGA AR BILA SOKONG M.U ? Lepastu ARSENAL lak korang kata kena boikot ? Apa kes Ha...? Arsenal dulu je...(season 06/07)..tu pun sebab dia benarkan Syarikat Travel Israel buat iklan kat website ngan stadium....Baru buat iklan...yg MU..terang2 nak salurkan sumbangan kat Glazer tu...Apa Cer...?

-----------------BERSAMA MEMBOIKOT US-----------------------





------------------------------------------------------------------------------------
Dah..cukup stakat tu...letih gak menaip panjang2...

-----------------------------------------------------------------------------------

ATTENTION : Kepada peminat2 SETAN MERAH yg baca pasal benda ni..SORRY BEBANYAK...Lagi satu x yah dah dok beli barang M.U yg Ori punya...dahla Nike..(Arsenal pun sama)...barang2 ori MU yg lain cam Jam @ Pape je la...Udah2 la membeli....Kalau x nak peta kat bawah ni bertukat menjadi putih kesemuanya....

Wednesday, January 7, 2009

Untuk 'Aku' yang MASIH DIPINJAMKAN Tangan........

Assalamualaikum....

Salam tersebut ternyata di doakan keatas aku...Siapa ? Aku la...Aku yang sedang membaca post di dalam blog yang _________ (Aku dah pun isi jawapan yang paling sesuai)....Ya, aku....Aku lah yang sedang membaca dan sedang mengeja pula perkataan A - K - U....AKU...

Aku menjeling ke kanan...ke tepi sikit..bukan atas...tapi bawah...dan akhirnya aku dapat lihat...cukup panjang..tidak berubah....yang berubah mungkin hanya tona warna kulit kerana ataupun sedikit luka yang besarnya tidak melebihi diameter kuku jari kelingking aku sendiri.....



Itu perkara yang sudah menjadi satu perkara wajib bagi aku yang sedang membaca post di blog yang _________ (cikai @ entahpape)ini.......kalau tidak masakan terlemparnya aku ke sini....

Argh..tangan pinjaman ini...dialah yang bawak aku ke sini...perlukah aku menggerakkannya ke atas kekunci ALT dan satu lagi keatas kekunci F4 ? Supaya tidak perlu lagi aku memenatkan mata yg kejap lagi nak kena menghadap buku pula atas desakan hanya semata-mata untuk lulus ujian dunia...

Argh...usah disentuh pula bab mata...post ni cuma nak bermerepek tentang tangan....

Tanganku.....Aku yg sedang mempaca post merepek ini inginkan tangan seperti......




Oleh itu aku perlulah meringan-ringankan tangan ke GYM....(apa yg penulis ni merepek ni....ringan-ringankan 'KAKI' bukan tangan)

Asif...penulis blog ni bukannya merepek...dia maksudkan dgn meringan-ringankan tangan ke GYM ialah meringan-ringankan tangan untuk mengeluarkan....



Owh..baruku mengerti...Al-maklumlah..sape yg pernah pegi GYM mesti tahu yg bayarannya sememangnya _____________

Betullah..Aku pergi GYM bagus apa...Jap lagi bila tangan dah berketul..barulah boleh ujub dengan bangganya....

Bila nak angkat barang-barang berat..panggil aku..Orang kata berat..aku rasa ringan...time tu pun sesuai utk aku meng'ujub'kan diri.....

Tapi aku hanya satu je yg aku rasa berat nak pegang....sekali lagi diulang...



Aik ? Pergi Gym...satu alat nak sewa 1/2 jam..dah hampir seratus...apa yang jadi beratnya pulak tangan tu tetiba....

Tak..waktu nak keluarkan duit sewa alat kat GYM ringan...tapi tangan aku tetiba pulak rasa berat bila terpampang didepan mata sebuang bekas berstikerkan...



Argh....Aku...Aku...Apa nak jadilah dengan aku....
Tangan aku ni pinjaman je....bila2 boleh diambil semula oleh YANG MEMBERI PINJAM....

Sekian....
Wassalam.....
Jika diberi peluang oleh NYA....pasti aku akan sambung berceloteh tentang benda ni....

Monday, December 22, 2008

Masih Belum Terlambat......

Assalamualaikum.....

Post kali ni dimulakan dengan dialog diantara ana ngan kawan ana..dialog ni dah lama dah.....

Ana : Assalamualaikum,_____ (nama dirahsiakan atas sebab tertentu)

_____: Waalaikumussalam,apsal Hanafi ?

Ana : Ko ada rasa bosan x cuti ni ?

_____: Bosan giler dowh...tak tahu nak buat apa.....

Ana : Malam biasa ko buat apa lepas balik main futsal ?

_____: Nak buat apa lagi...balik kol 2,empat jam tunggu subuh,main game ar.....

Ana : Game ? Takkan game je?

_____: Habis tu apa lagi ? Kalau ada match bola,baru aku ngadap T.V

Ana : Tanya skit,qiamullail ?

_____: Aku bukan x nak,tapi x de semangat dowh,kalau surau kita buat,kan aku selalu pegi gak.. ni buat sorang2 x ter 'motivate' langsung.... ( Jawapan yg dah biasa sangat dengar )

Ana : Aku ada tempat best....

_____: Tempat best ? Untuk qiamullail ke?

Ana : Ha'ah...MASJID JAME' SRI PETALING....

_____: Betul ? Aku set je...Isnin malam Selasa depan kita gi...

Ana : Jom......

--------MASJID JAME' SRI PETALING--------

Sape yang dah tahu pasal masjid ni bagus ar....sebab x semua orang sebenarnya yang tahu....

Masjid ni merupakan masjid yang paling special ar kat Malaysia ana rasa...sebab lain daripada yang lain.....

Salah satu perkara yang paling best pasal masjid ni ialah...MASJID ni TAK PERNAH KOSONG ....



Memang ramai ar..orang yang suka jadikan masjid ni sebagai rumah kedua...bukan dari kalangan pakcik2 je...remaja-remaja pun ada gak kat sini....




Dan...Masjid ni pun termasuk didalam senarai MARKAZ MASJID TABLIGH DI SELURUH DUNIA

So,rugi gile ar..kalau sape x cube bermalam kat sini...keselamatan terjamin sebab ada ramai orang...tandas bersih...ada gerai orang jual makanan ngan benda lain cam pakaian...dan boleh dikatakan semuanya lengkap ar....

So,ana dah cuba...anta @ anti @ antum ? Rugi kalau x gi...sementara cuti belum habis....baik try dulu.....

Masjid ni 100% LEBIH BEST daripada Masjid Kristal kat Terengganu tu....


O.K ar...tu je yang ana boleh kongsikan kat sini...nak lagi lebih...korang kena ar rasa sendiri....

Sekian....
Wassalam...Takde geng nak gi situ...sebar-sebarkanlah pasal benda ni...gerenti dapat...

Thursday, December 11, 2008

Apakah Aku Penyebabnya ???? (Samb. Daripada Post Tragedi Bukit Antarabangsa)

Assalamualaikum.....

Post kali ni ana nak share pulak tentang satu hadis Rasulullah S.A.W yang ada kaitan dengan apa yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini....

Daripada Ali bin Abi Talib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

>>> Apabila HARTA NEGARA hanya BEREDAR PADA ORANG-ORANG TERTENTU

>>> Apabila AMANAH dijadikan SATU SUMBER KEUNTUNGAN

>>> SUAMI MEMPERTURUTKAN kehendak ISTERI

>>> ANAK DERHAKA terhadap IBUNYA

>>> Tetapi ANAK TERSEBUT BERBAIK-BAIK DENGAN KAWANNYA

>>> Dia suka MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AYAHNYA

>>> SUARA sudah DITINGGIKAN DI DALAM MASJID

>>> Yang menjadi KETUA suatu kaum adalah diantara orang-orang YANG PALING TERHINA DI ANTARA MEREKA

>>> SESEORANG DIMULIAKAN KERANA DITAKUTI KEJAHATANNYA

>>> Khamar (ARAK) sudah DIMINUM DI MERATA TEMPAT

>>> KAIN SUTERA banyak DIPAKAI oleh KAUM LELAKI

>>> PARA PENGHIBUR (ARTIS) DISANJUNG-SANJUNG

>>> MUZIK BANYAK DIPERMAINKAN

>>> GENERASI AKHIR UMAT INI melaknat (menyalahkan) GENERASI PERTAMA (para sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka MENANTIKAN ANGIN MERAH atau GEMPA BUMI atau pun MEREKA akan DIUBAH MENJADI MAKHLUK LAIN"[Hadis Riwayat Tarmidzi]

Hadis diatas diambil daripada MIMBAR JUMAAT keluaran SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK), yang merujuk kepada KITAB PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan ABU ALI BANJARI AN NADWI......

Oleh itu, disini ana nak mengingatkan terutama diri ana yang asyik lalai dengan duniawi dan juga kepada antum-antum yang sudi menjenguk ke blog yang entah pape ni....

Marilah kita semua sama-sama merenung sejenak...berapa banyak bala yang diturunkan oleh ALLAH yang diturunkan oleh ALLAH kepada persekitaran kita (atau mungkin terus keatas kita).....Kalau bukan disebabkan oleh kita ?

Dan di akhir post ini ana nak ulangi semula....

"Ayuhlah AKU....Ayuhlah...KAMU...Ayuhlah KITA...bersama-sama merenungkan dan menginsafi kesalahan-kesalahan kita secara sedar @ tidak di masa lampau @ baru sekejap tadi...MOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T......."



Sekian....
Wassalam....dan yang baik itu apakah gunanya jikalau tidak dipersebarkan....

Wednesday, December 10, 2008

Tradegi Bukit Antarabangsa....

Assalamualaikum...

Memandangkan dua tiga hari sebelum Hari Raya Aidil Adha menjelma, kalau kita bukak t.v je, setiap setengah jam, mesti ada berita terkini...berita terkini pasal....TRAGEDI TANAH RUNTUH BIKIT ANTARABANGSA......

Bencana...Oh....Bencana....

Tanah Runtuh, itulah nama bencana yang terkini melanda negara negara kita....Setakat ni,daripada 40 kes tanah runtuh(yang besar ar..yang kecik x masuk rekod pun)...30 daripadanya berlaku kat Lembah Klang..."Ya Allah, berdosa sangatkah tempat hamba-MU menetap sekarang ini ?"

Cuba kita lihat firman Allah didalam surah Ar-Rum,Ayat 41 (mafhumnya):

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,(timbulnya yang demikian)kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali bertaubat."

dan lagi satu lagi firman ALLAh di dalam Al,Quran,di dalam surah Al-Anfal,Ayat 25 (mafhumnya):

"Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang memabawa bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus(tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa ALLAH MAHA BERAT azab seksanya."


Kalau kita rujuk kepada 2 firman ALLAH kat atas, masih ada rasa ragu-ragu tak kita kat bencana yang menimpa negara kita ni(atau antum sendiri) adalah bala ALLAH S.W.T akibat apa yang telah kita lakukan kat bumi ni yang mungkin sudah sampai tahap yang MELAMPAU ?

Kat sini,ana nak mengingatkan kat diri ana sendiri dan antum semua, meskipun kita merasakan diri kita tidak tergolong dikalangan MELAMPAU, so, kita yakin ar yang kita boleh lepas daripada bencana tersebut ? Dan, tidak terbitkah kat sanubari kita untuk membantu golongan yang MELAMPAU tersebut tersebut agar tidak terus hanyut dengan dunia mereka ? Dan, mungkin juga kerana kita tidak mencegah mereka, kita akan termasuk di kalangan orang-orang yang menimpa azab seperti mereka....NAUZUBILLAH...

Ingatlah kita tentang negara kita, meskipun negara Malaysia kita ini tidak termasuk di kalangan negara-negara yang terlalu kerap seperti negara-negara lain...tetapi tidak cukupkah lagi dengan Ombak Maut Tsunami dgn ribut Greg kat Sabah ??? Tak cukup ?

Kat sini ana nak mengingatkan kepada diri ana sendiri terutamanya dan juga kepada antum-antum yang menjadi pembaca post ni...

"Ayuhlah...marilah kita bersama-sama menginsafi kesilapan lampau kita baik kecil atau besar,Bala yang telah ALLAH turunkan itu jadikanlah ia sebagai satu peringatan buat kita yang sering alpa dengan duniawi"


Terdetik pula untuk ana meletakkan mafhum ayat ayat 63,Surah Al-An'am :

"Katakanlah:Siapa yang menyelamatkan kamu daripada bencana di darat dan di laut?(Ketika)kamu berdoa merayu pada-NYA dengan merendah diri(secara terangan)dan secara sembunyi(dengan berkata):"Demi sesungguhnya jika ALLAH selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur"


AKAN TETAPI....setelah ALLAH menyelamatkan kita dari bencana ini,ADAKAH KITA MENGOTAKAN JANJI KITA KEPADA ALLAH UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR KEPADA-NYA?

INSAFLAH AKU....INSAFLAH KAMU.....INSAFLAH KITA.....

Sekian....
Wassalam....Yang baik itu semestinya lebih elok jika disebarkan.....